Berita Harian

LHDN sahkan ada individu gaji RM12,000 mohon BR1M

-

Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengesahka­n ada individu yang mempunyai pendapatan bulanan melebihi RM12,000 memohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata pemohon berkenaan adalah sebahagian daripada kira-kira 600,000 permohonan baharu BR1M yang ditolak oleh LHDN tahun ini.

Katanya, lebih 10,000 permohonan yang terdiri daripada individu berpendapa­tan antara RM8,000 hingga RM12,000 turut ditolak.

“Sebanyak 260,000 pemohon BR1M berpendapa­tan lebih RM5,000, termasuk antara 40,000 hingga 50,000 pemohon yang bergaji antara RM6,000 hingga RM8,000, ditolak.

“Ini sepatutnya tidak berlaku, kita tak mahu kerajaan salurkan RM700 juta (wang BR1M) pada orang yang tak berhak,” katanya pada sidang media di Parlimen, semalam.

Tempoh tiga bulan kemuka bukti

Mengulas lanjut, Johari berkata, seramai 705,562 pemohon BR1M yang ditolak permohonan­nya atas alasan mendaftar dengan Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM) bakal menerima bantuan itu secara berperingk­at, minggu depan.

Beliau berkata, kelompok itu adalah mereka yang layak menerima BR1M pada tahun lalu dan sudah mendaftar lebih awal dengan SSM.

Bagaimanap­un, katanya, mereka diberi tempoh tiga bulan untuk mengemukak­an buku atau penyata kewangan sebagai bukti pendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah.

“Jika ingkar, mereka tidak akan menerima baki bantuan BR1M pada Jun hadapan,” katanya.

Beliau berkata, dakwaan segelintir kononnya mereka tidak menerima bantuan BR1M kerana berdaftar dengan Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM) adalah tidak benar.

“Kita nak betulkan persepsi orang ramai, kita beri kepada mereka yang bergaji bulanan RM4,000 dan ke bawah, tidak kisah mereka berdaftar atau tidak (dengan SSM),” katanya.

Ini sepatutnya tidak berlaku, kita tak mahu kerajaan salurkan RM700 juta (wang BR1M) pada orang yang tak berhak” Johari Abdul Ghani, Menteri Kewangan II

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia