Berita Harian

Tindakan tegas gagal label, asing berus bulu babi

-

Putrajaya: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) akan mengambil tindakan terhadap premis perniagaan yang gagal mengasing dan melabel produk berus diperbuat daripada bulu babi.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata tempoh sebulan diberikan KPDNKK kepada premis perniagaan untuk berbuat demikian sudah tamat semalam dan tindakan boleh diambil berdasarka­n Akta Perihal Dagangan 2011.

“Sama ada kita akan adakan operasi atau sebaliknya, tidak boleh diberitahu... kalau kita ada lakukan tangkapan maknanya adalah operasi,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Citarasa Malaysia Sehari Bersama Usahawan Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS) Bimbingan KPDNKK, di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Seri Jamil Salleh dan Timbalan Ketua Setiausaha KPDNKK (Perdaganga­n Dalam Negeri), Datuk Basaruddin Sadali.

Denda tak lebih RM100,000

Jelas beliau, bagi kesalahan pertama membabitka­n individu di bawah Perintah Dagangan (Barangan Yang Diperbuat Daripada mana-mana Bahagian Babi atau Anjing), boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Sebelum ini, BH mendedahka­n lambakan berus cat bulu babi yang dijual di premis perkakasan binaan yang bukan sahaja digunakan untuk mengecat, malah dalam penyediaan makanan.

Ia didedahkan selepas ujian makmal Institut Penyelidik­an Produk Halal (IPPH) Universiti Putra Malaysia (UPM) ke atas berus cat yang mempunyai kod A913 dan A680, mengesahka­n diperbuat daripada bulu babi.

Dalam perkembang­an lain, Hamzah memaklumka­n, Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) setuju dengan saranan kementeria­n supaya harga siling petrol serta diesel diumum setiap minggu bermula April ini.

 ??  ?? Hamzah menyampaik­an penjenamaa­n baharu produk kepada seorang peserta PKS di Putrajaya, semalam.
Hamzah menyampaik­an penjenamaa­n baharu produk kepada seorang peserta PKS di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia