Berita Harian

Usah tertipu sindiket bil elektrik: TNB

-

Kuala Lumpur: Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengingatk­an pengguna supaya tidak terpengaru­h dan tertipu dengan ejen persendiri­an atau sindiket dalam urusan pembayaran bil elektrik.

Pengurus Besar Kanan (Perkhidmat­an Pengguna) Bahagian Pembahagia­n TNB, Kamaliah Abdul Kadir, berkata pihaknya tidak pernah melantik ejen persendiri­an untuk menghubung­i atau mendekati masyarakat secara terus bagi tujuan pembayaran bil elektrik.

“Orang ramai diharap tidak mudah terpengaru­h dengan sebarang taktik yang digunakan anggota sin- diket. Kami ada menerima aduan pengguna yang tertipu dengan tawaran diskaun bil sehingga 45 peratus.

“Pengguna boleh menjelaska­n pembayaran di kaunter Pusat Khidmat Pelanggan TNB, perkhidmat­an Online, Institusi Kewangan, Jabatan atau agensi kerajaan dan syarikat pihak ketiga yang menjalanka­n operasi kutipan bil daripada lain-lain utiliti dan pembekal perkhidmat­an,” katanya

Kamaliah berkata, sebagai organisasi yang mengutamak­an pelanggan, TNB sentiasa memastikan pengguna mendapat maklumat te- pat mengenai pembayaran bil elektrik bulanan dan menyediaka­n pelbagai saluran pembayaran bagi memudahkan mereka.

Ejen Kutipan TNB

“Pengguna perlu tahu bahawa Ejen Kutipan TNB tidak akan menghubung­i atau mendekati pengguna bagi memaklumka­n (amaun) bil elektrik yang perlu dibayar dan mengambil bayaran terus daripada pengguna.

“Ejen Kutipan TNB yang sah hanya menerima pembayaran dalam bentuk tunai; debit terus kad kredit; idebit terus, Akaun Simpanan dan Akaun Semasa serta tidak menerima sebarang pembayaran melalui cek atau deraf bank,” katanya.

Sementara itu, katanya pengguna akan dihubungi Ejen Kutipan TNB jika mereka mempunyai tunggakan bil elektrik yang sudah tamat tempoh kredit, namun mereka tidak akan diminta membuat bayaran terus kepada ejen berkenaan.

“Semua pembayaran bil elektrik perlu dijelaskan di saluran pembayaran TNB yang sah sahaja. Jadilah pengguna yang bijak supaya tidak menjadi mangsa sindiket penipuan,” katanya.

Orang ramai diharap tidak mudah terpengaru­h dengan sebarang taktik yang digunakan anggota sindiket. Kami ada menerima aduan pengguna yang tertipu dengan tawaran diskaun bil sehingga 45 peratus” Kamaliah Abdul Kadir, Pengurus Besar Kanan (Perkhidmat­an Pengguna) Bahagian Pembahagia­n TNB

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia