Berita Harian

Dana rakyat tidak sesuai biaya rumah Sutan Puasa

DBKL tak boleh guna dana untuk penyelengg­araan jangka panjang

- Oleh Siti Haliza Yusop shyusop@bh.com.my

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak dapat menggunaka­n dana awamnya bagi menyelengg­ara rumah pusaka Chow Kit apatah lagi jika ia membabitka­n perbelanja­an bagi tempoh yang lama.

Jurucakap DBKL berkata, cadangan pemindahan rumah pusaka di Jalan Chow Kit itu ke lokasi baru di bawah penyeliaan­nya mungkin dilihat sebagai sesuatu yang mudah tetapi ia akan menimbulka­n pelbagai isu terutama jika membabitka­n penggunaan dana awam bagi tujuan penyelengg­araan.

“Kerja mendirikan semula rumah pusaka itu jika ingin dilaksanak­an sepatutnya dilakukan oleh Jabatan Warisan Negara (JWN). DBKL sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT), tidak dapat menggunaka­n dana awamnya bagi menyelengg­ara rumah pusaka jika ia membabitka­n perbelanja­an bagi tempoh jangka panjang,” katanya ketika dihubungi

BH, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas permintaan kumpulan Rumah Pusaka Chow Kit (RPCK) supaya kediaman itu dibina semula oleh DBKL dan JWN seperti dilaporkan BH ,semalam.

RPCK adalah kumpulan sukarelawa­n yang menyimpan kayu kayan rumah pusaka berkenaan yang dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembanguna­n komersial berikutan tapak rumah itu dijual pada 2013.

Penasihat Sosiobuday­a kerajaan, Tan Sri Dr Rais Yatim sebelum ini turut menyebut isu mendirikan semula rumah pusaka yang dikaitkan dengan waris pengasas Kuala Lumpur, Sutan Puasa itu seharusnya dirundingk­an dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Jurucakap DBKL bagaimanap­un berkata, pihaknya sedia menimbang permintaan penyediaan lokasi bagi pembinaan semula rumah pusaka itu sekiranya ada pihak bersedia beri komitmen dengan menyediaka­n dana kerja penyelengg­araan.

Teliti lokasi bersesuaia­n

“DBKL tidak mempunyai masalah meneliti lokasi bersesuaia­n sekiranya ada pihak memberi komitmen jangka panjang membabitka­n isu dana penyelengg­araan rumah pusaka itu,” katanya.

Dalam masa sama, DBKL turut menyentuh isu kebenaran pembinaan yang diberikann­ya kepada pemilik baru tapak rumah itu.

“Pemilik boleh membangunk­an tanah itu mengikut apa yang dikehendak­i mereka dan sebagai PBT, kebenaran membangun pula akan hanya diberi selepas DBKL mempertimb­angkan kesesuaian­nya,” katanya.

Dalam pada itu katanya, di bawah Jabatan Reka Bentuk Bandar dan Bangunan DBKL, PBT juga akan memastikan kawasan tertentu yang terbabit dengan pembanguna­n misalnya di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), mengekalka­n ‘façade’ bangunan bagi memelihara identiti kawasan itu.

Sementara itu Timbalan Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin melalui kiriman mesej ringkas kepada BH berkata, kementeria­n itu melalui JWN terbuka untuk perbincang­an dengan pihak berkaitan bagi pemulihara­an rumah berkenaan.

“Perkara ini akan dipantau daripada semasa ke semasa,” katanya.

 ??  ?? Rumah warisan Sutan Puasa di Chow Kit sebelum dirobohkan pada 2013.
Rumah warisan Sutan Puasa di Chow Kit sebelum dirobohkan pada 2013.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia