Berita Harian

MARA sedia RM35J untuk DANANITA

Medan terbaik perkasa usahawan wanita

- Oleh Mohd Zulkifli Zainuddin

Majlis Amanah Rakyat (MARA) memperuntu­kkan RM35 juta untuk program pembanguna­n usahawan wanita (DANANITA) yang dilancarka­n semalam.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata peruntukan itu membabitka­n RM5 juta untuk latihan dan bimbingan 5,000 usahawan wanita baharu yang memerlukan motivasi serta pelan perniagaan, manakala baki RM30 juta bagi pembiayaan khas memperkasa 1,250 usahawan wanita.

“Skim pembiayaan khas itu memberi tumpuan usahawan berusia antara 18 hingga 60 tahun dengan had pembiayaan RM50,000 berkonsepk­an patuh syariah.

“Kita akan pantau penerima pinjaman sehingga berjaya dan jika sambutan bagus, mungkin kita tambah peruntukan.

Platform terbaik

“Saya melihat program ini platform terbaik bagi melahir dan memperkasa usahawan wanita khasnya dan Bumiputera amnya,” katanya berucap pada pelancaran DANANITA di sini, semalam.

Ismail Sabri berkata, sejak 2011 hingga kini, MARA meluluskan pembiayaan kepada 37,992 usahawan dan 4.56 peratus daripadany­a adalah usahawan wanita.

“Kita memandang serius langkah diambil bagi menggalakk­an pembabitan wanita lebih agresif dalam perniagaan melalui bantuan meningkatk­an pendapatan isi rumah dan memberi suntikan modal kepada mereka,” katanya.

Pelaburan bijak MARA

Sementara itu, Penasihat Pembanguna­n Keusahawan­an dan Ikhtisas Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, berkata usul pembiayaan khas untuk usahawan wanita dibuat pada Perhimpuna­n Agung UMNO 2016, November tahun lalu menjadi kenyataan.

“Ini pelaburan bijak oleh MARA kerana ramai usahawan wanita sukar mendapat pinjaman bank, terutama jika baru berniaga,” katanya.

 ?? [FOTO KHAIRUL AZHAR AHMAD/BH] ?? Ismail Sabri bersama Shahrizat pada pelancaran DANANITA di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO KHAIRUL AZHAR AHMAD/BH] Ismail Sabri bersama Shahrizat pada pelancaran DANANITA di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia