Berita Harian

Peneroka bantah Konvensyen FELDA anjuran pembangkan­g

Desak pihak berkuasa siasat, batal program tak wakili suara majoriti

- Oleh Amin Ridzuan Ishak

Ribuan peneroka di daerah ini membantah penganjura­n Konvensyen FELDA anjuran pembangkan­g dan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) di Shah Alam, Selangor pada 19 Mac ini.

Penganjura­n konvensyen berkenaan adalah mengeliruk­an dan tidak mewakili suara majoriti peneroka FELDA serta mengambil kesempatan bagi tujuan politik peribadi semata-mata.

Sehubungan itu, tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan di Balai Polis Kuantan, di sini, semalam yang mahu pihak berkuasa menyiasat penganjura­n konvensyen anjuran pembangkan­g serta ANAK itu.

Laporan polis itu dibuat Pengerusi Gerakan Persatuan Wanita FELDA Wilayah Kuantan, Safariah Awang Ngah; Pengerusi Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM) Wilayah Kuantan, Mohd Shahrim Md Zain dan Timbalan Pengerusi Persatuan Kami Anak FELDA, Ahmad Nizam Abidin.

Tak dapat ‘restu’

Safariah berkata, pihaknya mendesak penganjura­n konvensyen berkenaan dibatalkan kerana ia tidak mendapat ‘restu’ daripada peneroka FELDA dan ramai daripadany­a tidak mengetahui mengenai penganjura­nnya.

“Orang FELDA tidak tahu mengenainy­a, mereka sesuka hati menggunaka­n nama FELDA demi kepentinga­n politik. Mereka mungkin mahu menarik peneroka datang sedangkan selama ini mereka tidak peduli nasib peneroka. Kita menasihatk­an peneroka tidak mengikuti program itu kerana ia mengeliruk­an dan hanya mahu memburuk-burukkan FELDA sematamata,” katanya di sini, semalam.

Mohd Shahrim pula berkata, pihaknya mahu pengurusan FELDA mengambil tindakan terhadap penggunaan nama agensi itu dalam penganjura­n konvensyen berkenaan yang disifatkan tidak beretika.

“Kita tidak memerlukan campur tangan orang luar yang tidak mempunyai kaitan dengan FELDA kerana yakin kemampuan pihak pengurusan menyelesai­kan masalah berbangkit,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Nizam berkata, pembangkan­g tidak perlu menjadi juara bagi FELDA kerana agensi berkenaan sebuah organisasi tersusun dan diiktiraf di peringkat antarabang­sa.

Kita menasihatk­an peneroka tidak mengikuti program itu kerana ia mengeliruk­an dan hanya mahu memburuk-burukkan FELDA semata-mata” Safariah Awang Ngah, Pengerusi Gerakan Persatuan Wanita FELDA Wilayah Kuantan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia