Berita Harian

Projek rumah Amanjaya utamakan OKU, ibu tunggal

-

Parit: Kerajaan Perak menetapkan 15 peratus kediaman yang dibina dalam projek perumahan di Amanjaya dekat Seri Iskandar diperuntuk­kan kepada orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal dan belia.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata tindakan itu untuk membantu rakyat berpendapa­tan rendah mendapat kediaman selesa.

Katanya, ini julung kali kerajaan negeri memberi kuota masing-masing lima peratus kepada OKU, ibu tunggal dan belia untuk memiliki rumah berkenaan.

“Ini pendekatan terbaru kerajaan negeri menerusi Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) yang akan dibangunka­n secara berperingk­at di atas tapak tanah yang strategik disediakan kerajaan negeri.

“Kita melakukan pelbagai pendekatan untuk membantu dan membela rakyat kita bagi memastikan rakyat di Perak memiliki rumah,” katanya kepada pemberita ketika merasmikan majlis pecah tanah dan pelancaran projek Rumah Amanjaya II di FELCRA Nasaruddin di Seri Iskandar sempena Program Pemukiman Menteri Besar Perak di Daerah Perak Tengah, semalam.

Nilai pasaran tinggi

Sebanyak 1,200 unit Rumah Amanjaya I dan II akan dibina dalam tempoh dua tahun bermula tahun ini.

Sebanyak 122 unit rumah Amanjaya II berharga RM70,000 seunit akan dibina di kawasan seluas 4.5 hektar dan bagi fasa pertama, sebanyak 50 unit akan didirikan.

Zambry berkata, rumah berkenaan yang terletak berhampira­n jalan utama mempunyai nilai pasaran yang tinggi.

“Ada orang tanya kenapa kita (kerajaan) buat rumah begini untuk rakyat kerana sepatutnya boleh bina rumah mahal untuk buat keuntungan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia