Berita Harian

Polis buru dua lelaki bantu siasatan kes tembak peniaga

-

Kota Bharu: Polis sedang mengesan dua lelaki bagi membantu siasatan kes melepaskan tembakan terhadap peniaga di Kampung Bakat Hilir, Gual Periok, Pasir Mas, Selasa lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Ab Rahman Ismail, berkata lelaki berkenaan adalah Mohd Hafis Ziqkryhand Zukri Kini, 27, dan Abdul Rahim Harun, 35, yang berasal dari Rantau Panjang.

“Mereka dikehendak­i bagi membantu siasatan kejadian tembakan itu yang dipercayai ada kaitan dengan pertelingk­ahan di antara anak saudara mangsa yang dikenali sebagai Razak dengan Mohd Hafis Ziqkryhand, pada 7 Februari lalu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK), di sini, semalam.

Percikan api

Dalam kejadian jam 3 pagi itu, mangsa yang sedang memandu Honda Civic, terkejut apabila melihat percikan api dari sebuah pacuan empat roda, Mitsubishi Triton, dipercayai tembakan yang dilepaskan ke arahnya.

Bagaimanap­un, tembakan itu hanya mengenai kereta mangsa.

Pada jam 11 pagi hari yang sama, mangsa mendapati dua kesan tembakan di kenderaann­ya berserta kelongsong peluru serta sebutir kepala peluru di dalam kereta.

Sementara itu, Ab Rahman berkata, polis menahan tiga lelaki yang menyamar sebagai penjawat awam dan melakukan peras ugut terhadap seorang lelaki.

Katanya, dua daripada lelaki terbabit menyamar sebagai pegawai imigresen, memeras ugut mangsa supaya menyerahka­n wang tunai berjumlah RM5,000 pada 3 Mac lalu.

“Kita menahan ketiga-tiga lelaki itu di sekitar bandar ini dan seorang daripada suspek cedera kerana terjatuh dari bumbung rumah ketika cuba melarikan diri daripada polis dan dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan semua suspek direman sehingga Sabtu dan Ahad ini untuk soal siasat.

 ?? [FOTO ZAMAN HURI ISA/BH] ?? Ab Rahman (kanan) bersama pegawai menunjukka­n gambar Abdul Rahim dan Mohd Hafis Ziqryhand (gambar kanan) pada sidang media di IPK Kelantan, semalam.
[FOTO ZAMAN HURI ISA/BH] Ab Rahman (kanan) bersama pegawai menunjukka­n gambar Abdul Rahim dan Mohd Hafis Ziqryhand (gambar kanan) pada sidang media di IPK Kelantan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia