Berita Harian

Tiga bidang tarik minat industri buku Arab Saudi

Malaysia harap RIBF 2017 wujudkan kerjasama baharu

-

Daripada Nazmi Yaakub

Pendidikan, budaya dan sejarah khususnya bagaimana Malaysia membina negara berasaskan kepelbagai­an kaum serta agama menarik minat industri buku di Arab Saudi, kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata, Malaysia boleh memperkena­lkan budaya tanah air kepada negara rantau ini khususnya Arab Saudi dengan menterjema­hkan buku mengenainy­a ke dalam bahasa Arab.

“Dalam pertemuan saya dengan menteri dan pegawai kanan Arab Saudi, mereka sanggup memenuhi hubungan yang baik bukan sahaja antara kerajaan, bahkan swasta.

Wujud pertukaran kolaborasi

“Ini menjadi kerjasama baik antara Arab Saudi dengan Malaysia yang persefaham­annya dapat diperluask­an sehingga wujudnya pertukaran kolaborasi sama ada peringkat kementeria­n mahupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” katanya selepas Majlis Pembukaan Pesta Buku Antarabang­sa Riyadh (RIBF) 2017 di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabang­sa Riyadh (RICEC) di sini, semalam.

Terdahulu, RIBF 2017 dibuka secara rasminya oleh Menteri Kebudayaan dan Penerangan Arab Saudi, Dr Adel Zaid al-toraifi.

RIBF 2017 turut disertai 500 penerbit dari Arab Saudi, negara serantau dan antarabang­sa.

Perkukuh hubungan

Mahdzir berkata, Malaysia berharap RIBF 2017 mewujudkan kerjasama baharu dalam bidang penerbitan, kesusaster­aan dan terjemahan, selain dapat mencapai persetujua­n dalam jualan hak cipta karya serta harta intelek.

Sementara itu, Dr Adel berkata, kehadiran Malaysia sebagai Negara Tetamu Kehormat RIBF 2017 dapat memperkuku­hkan hubungan antara dua negara dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan dan persuratan.

“Ia menunjukka­n hubungan antara dua negara membabitka­n pelbagai bidang yang tidak hanya dalam pelanconga­n sahaja, sebaliknya kerjasama dalam bidang ekonomi, pendidikan dan kebudayaan,” katanya.

 ??  ?? Mahdzir menyampaik­an cenderamat­a, iaitu potret Raja Salman Abdulaziz Al-saud yang dilukiskan pelukis cilik dari Sekolah Seni Johor, Naim Hamid Hamidin kepada Menteri Penerangan Arab Saudi, Dr Adel Zaid altoraifi (kanan).
Mahdzir menyampaik­an cenderamat­a, iaitu potret Raja Salman Abdulaziz Al-saud yang dilukiskan pelukis cilik dari Sekolah Seni Johor, Naim Hamid Hamidin kepada Menteri Penerangan Arab Saudi, Dr Adel Zaid altoraifi (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia