Berita Harian

Program Jelajah Pendidikan Bumiputera mulai esok

-

Kuala Lumpur: Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, melepaskan konvoi skuad sukarelawa­n Program Jelajah Pendidikan Bumiputera (JPB) 2017 di Sri Pentas pagi semalam sebagai simbolik prapelanca­ran ekspedisi itu ke seluruh negara mulai esok.

Program aspirasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu akan menjelajah ke 54 lokasi, termasuk Sabah serta Sarawak bagi mencari pelajar Bumiputera yang tercicir memasuki universiti atau kolej kemahiran berpeluang melanjutka­n pelajaran.

Ismail Sabri berkata, JPB 2017 adalah kesinambun­gan program JPB 2016 yang dianjurkan bersama Yayasan Destinasi Anak Bangsa (YDAB), Gerakan Pendidikan Bumiputera Malaysia dan Koprojaya.

Katanya, JBP 2016 mengesan lebih 50,000 pelajar Bumiputera tercicir melanjutka­n pelajaran bagi tempoh 2011 hingga 2015.

“Pada JPB 2016, seramai 189,827 berjaya dikesan dan 80,631 daripadany­a adalah calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

“Sebanyak 37,324 surat tawaran dikeluarka­n kepada pelajar ditempatka­n di 11 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan kolej vokasional. Mereka memulakan pengajian Julai dan Disember 2016,” katanya yang juga Menteri Mentor untuk program berkenaan.

Sasaran JPB 2017

Program itu diterajui Pengerusi Jawatankua­sa Induk JPB, Prof Emeritus Tan Sri Dr Sahol Hamid Abu Bakar yang juga bekas Naib Canselor Universiti Teknologi MARA.

Sasaran JPB 2017 adalah untuk mencari kumpulan kurang berkemampu­an di luar bandar, pedalaman dan miskin bandar yang ingin melanjutka­n pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Orang ramai boleh dapatkan maklumat melalui Facebook Page: Jelajah Pendidikan Bumiputera; URL (@jelajahpbo­fficial), Instagram (@jelajahpbo­fficialc); Twitter (@Jelajahpbd) dan Youtube (Jelajah Pendidikan Bumiputera).

 ?? [FOTO MUHD ZAABA ZAKERIA/BH] ?? Ismail Sabri bersama peserta jelajah selepas majlis melepaskan konvoi skuad sukarelawa­n Program Jelajah Pendidikan Bumiputera 2017 di Sri Pentas pagi semalam.
[FOTO MUHD ZAABA ZAKERIA/BH] Ismail Sabri bersama peserta jelajah selepas majlis melepaskan konvoi skuad sukarelawa­n Program Jelajah Pendidikan Bumiputera 2017 di Sri Pentas pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia