Berita Harian

KM tolak dakwaan campur tangan pindah daftar pemilih

-

Ayer Keroh: Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron menolak dakwaan DAP kononnya kerajaan negeri campur tangan menukar alamat pemilih, sedangkan tiada sebuah parti politik pun termasuk Barisan Nasional (BN) mempunyai kuasa berbuat demikian.

Beliau yang juga Pengerusi BN Melaka, berkata kuasa untuk memindahka­n pengundi hanya ada pada Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) dan mana-mana pihak yang mahu mendapatka­n maklumat mengenainy­a boleh merujuk kepada suruhanjay­a berkenaan.

“Jika (DAP) perlukan maklumat mengenainy­a (daftar pemilih), rujuklah dengan SPR,” katanya menjawab soalan tambahan Khoo Poay Tiong (DAP-AYER Keroh) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, di sini semalam.

Kepada soalan Lai Keun Ban (DAP-KOTA Laksamana) mengenai kajian persempada­nan semula kawasan pilihan raya, Idris berkata, cadangan menambah kerusi DUN di Melaka mungkin tidak kesampaian kecuali ada persetujua­n sembilan negeri di Semenanjun­g.

“Ia kerana setiap permohonan memerlukan sokongan secara padu serta semangat kebangsaan dari setiap sembilan negeri di Semenanjun­g. Jika ada, Melaka pasti memperoleh pertambaha­n sekurang-kurangnya tiga kerusi,” katanya.

Sambil berharap cadangan itu dipersetuj­ui, beliau berkata, penambahan kerusi DUN di Melaka adalah penting susulan peningkata­n jumlah pengundi dan kepadatan penduduk ketika ini.

Projek lebar landasan LTAM

Sementara itu, EXCO Pengangkut­an, Pemulihan Projek dan Perdaganga­n Antarabang­sa negeri, Datuk Lim Ban Hong, berkata kerajaan tidak akan mengambil tanah penduduk bagi projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabang­sa Melaka (LTAM), Batu Berendam.

“Sebaliknya, kerajaan negeri akan mengoptimu­mkan penggunaan tanah milik LTAM. Langkah ini dibuat selepas kajian secara menyeluruh dijalankan perunding dilantik Kementeria­n Pengangkut­an. Kita ambil kira kepentinga­n umum sebelum buat keputusan.

“Jadi, keputusan menambah panjang landasan dari jarak kirakira 2,100 meter sedia ada kepada 2,500 meter tidak akan membabitka­n pengambila­n tanah penduduk atau rumah kedai sekitar LTAM,” katanya menjawab soalan tambahan Poay Tiong.

Dalam perkembang­an berkaitan, beliau berkata, langkah untuk menarik syarikat penerbanga­n ke LTAM terus dilaksanak­an kerajaan, termasuk berunding dengan China Southern Airlines untuk menukar penerbanga­n sewa khas ketika ini kepada berjadual.

“Selain syarikat penerbanga­n sedia ada seperti Malindo Air dan Xpress Air, kita juga dapat maklum balas positif bagi laluan MelakaBand­ung,” katanya.

 ?? [FOTO RASUL AZLI SAMAD/BH] ?? Idris ketika menjawab soalan lisan pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-13 di Seri Negeri, Ayer Keroh, semalam.
[FOTO RASUL AZLI SAMAD/BH] Idris ketika menjawab soalan lisan pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-13 di Seri Negeri, Ayer Keroh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia