Berita Harian

Aspek keselamata­n LIMA’17 memuaskan

-

Langkawi: Polis yakin tahap keselamata­n serta persediaan pengendali­an kecemasan di pulau ini cukup baik untuk menerima peserta dan pengunjung Pameran Antarabang­sa Maritim dan Aeroangkas­a Langkawi 2017 (LIMA’17) pada 21 hingga 25 Mac ini.

Ketua Polis Langkawi, Superinten­dan Dr Che Ghazali Che Awang, berkata ia berdasarka­n beberapa siri eksesais dijalankan pihaknya bersama pelbagai agensi berkaitan, terbaru latihan simulasi kes letupan bom di Kompleks Jetty Point (KJP) di sini, semalam.

Latihan sejam diterajui Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi itu disertai pelbagai agensi, termasuk Jabatan Penerbanga­n Awam (DCA), Hospital Langkawi (HL), Tentera Laut Diraja Malaysia, Jabatan Kerja Raya, bomba serta Jabatan Laut.

Capai matlamat

Che Ghazali mengakui sesi latihan sebelum ini mencapai matlamat apabila setiap agensi terbabit mampu melaksanak­an peranan dan tugasan masing-masing mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dengan cemerlang.

“Senario latihan hari ini (semalam) membabitka­n letupan di KJP yang dipenuhi orang ramai, mengakibat­kan 11 mangsa cedera termasuk dua parah dan tiga lagi maut.

“Apa boleh saya katakan, persiapan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menjelang LIMA’17 pada tahap terbaik,”katanya ketika ditemui sewaktu meninjau latihan simulasi itu bersama Pengarah DCA Langkawi, Wan Fadhilah Wan Zainal Abidin.

Latihan berkenaan, katanya, menguji kecekapan dan kemahiran anggota pasukan SAR untuk menguruska­n semua mangsa, terutama mengatur gerak operasi menyelamat sehingga penghantar­an mangsa ke HL dengan ambulans untuk rawatan.

 ??  ?? Dr Che Ghazali Che Awang
Dr Che Ghazali Che Awang
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia