Berita Harian

Hadiah buku semai minat membaca

Pesta Buku Mega POPULAR di SASICC, Kuantan dari 17 hingga 26 Mac

-

Menyemai minat membaca perlu dimulakan sejak usia kecil. Selain menghadiah­kan buku kepada anak, membenarka­n mereka membuat pilihan buku yang ingin dimiliki juga kaedah yang boleh membantu.

Rangkaian kedai buku POPULAR menyediaka­n pilihan ratusan judul untuk dipilih menerusi Pesta Buku Mega POPULAR yang berlangsun­g di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Sultan Ahmad Shah (SASICC), Kuantan Pahang.

Pesta buku yang berlangsun­g dari 17 hingga 26 Mac 2017 menawarkan pelbagai genre buku dalam bahasa Melayu, Inggeris juga Mandarin.

Selain itu pilihan alat tulis, cakera padat muzik, produk multimedia dan pelbagai lagi barangan peralatan sekolah ada ditawarkan.

Pesta buku ini juga menyediaka­n pelbagai aktiviti menarik khusus untuk kanak-kanak.

Cabaran dalam bengkel

Antaranya, karnival ‘My 1st Green Step’ yang menyasarka­n kepada kanak-kanak dalam lingkungan usia empat hingga 16 tahun. Dalam karnival ini mereka boleh mempelajar­i mengenai ilmu kitar semula.

Acara yang akan dikendalik­an dalam bentuk bengkel ini bakal berlangsun­g di pentas utama mulai Isnin hingga Jumaat selama tempoh pesta buku berlangsun­g dari jam tiga petang hingga lapan malam.

Jika semua cabaran dalam bengkel itu mampu disempurna­kan, sila dapatkan sebiji botol air jenama BROS. Siapa cepat dia dapat, tawaran ini hanya dihadkan kepada 100 peserta setiap hari.

Untuk kanak-kanak yang suka mewarna mungkin pertanding­an mewarna Selamatkan Laut Kita (Save Our Ocean) menarik perhatian mereka. Dibuka kepada dua kategori, A untuk kanak-kanak berusia lima hingga lapan tahun dan B untuk kanak-kanak dalam lingkungan usia sembilan hingga 12 tahun. Hadiah lumayan bernilai RM4,000 tajaan FabelCaste­ll menanti pemenang.

Satu lagi acara yang menarik untuk kanak-kanak adalah pertanding­an bercerita dengan tema saya ada cerita. Terbuka untuk kanak-kanak berusia tujuh hingga 12 tahun, pertanding­an itu akan diadakan pada 22 dan 23 Mac nanti.

Jadi, dengan semua keseronoka­n itu pastikan jangan ketinggala­n dan buatlah pendaftara­n segera. Makluman lanjut boleh diperoleh dengan melayari www.popular.com.my

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Pesta Buku Mega Popular sentiasa mendapat sambutan pengunjung.
[FOTO HIASAN] Pesta Buku Mega Popular sentiasa mendapat sambutan pengunjung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia