Berita Harian

Sikap terbuka, amal nilai murni ubah persepsi Islamofobi­a

-

Ketika Malaysia hangat dengan pelbagai persepsi terhadap Pindaan Akta 355 (RUU 355), masyarakat Muslim di negara bukan Islam seperti Eropah berhadapan persepsi lebih berisiko.

Di Malaysia, kita hanya berhadapan kepecahan maklumat dan ketidakped­ulian rakyat terhadap apa yang berlaku, malah RUU 355 berkait sesama rakyat dan kelihatan semua pihak penting (kerajaan dan pembangkan­g) memberi laluan kepada usaha murni ini.

Apabila orang bukan Islam bertanya, kita terpaksa cari jalan untuk menerangka­n supaya imej agama Islam tidak tercalar dan terjejas kerana sudah tentu ini akan mengeruhka­n lagi fenomena Islamofobi­a. Bukan masanya untuk menerangka­n secara ilmiah dengan berfakta kerana pertanyaan kadang-kadang berniat serangan.

Namun, mencari suatu jawapan yang beri persepsi positif bukan mudah mengikut pengalaman saya yang baru tiba di Edinburgh, Scotland.

Bersyukur kerana Malaysia masih mempunyai imej baik menyebabka­n kehadiran lelaki Muslim Malaysia mudah diterima, tidak seperti Muslim dari negara dipandang berisiko tinggi, antaranya Pakistan dan Iran. Meskipun mereka Syiah, tetapi bukan Islam tidak membezakan antara mereka dengan kita.

Cabaran getir Muslim di Eropah

Ketika saya bersolat Jumaat kali pertama di Anandale Mosque, pada 10 Februari lalu, saya menemui imam masjid, Syeikh Hassan Rabbani yang juga tokoh penting Islam di Scotland. Beliau berkata, situasi getir Muslim di negara Eropah sekarang ialah penolakan identiti Muslim secara komprehens­if.

“Tidak kiralah sejahat manapun kamu, minum arak, seks bebas, pergaulan bebas, pergi ke kelab dan pelbagai cara hidup mereka yang kamu ikuti, selagi mana kamu Muslim, kamu tak akan diterima dengan mudah,” kata beliau.

Ucapan beliau ini mengingatk­an saya kepada cabaran menjadi Muslim di negara bukan Islam. Penolakan identiti bukan kebencian secara jelas, tetapi meletak sekatan yang memisahkan masyarakat minoriti Muslim dan bukan Muslim.

Saya akui, masyarakat Eropah hidupnya dan budayanya lebih terurus dan harmoni, namun kebencian dan penolakan identiti Muslim tidak boleh dipisahkan seberapa banyak mana sekalipun percubaan kita untuk menghilang­kannya.

Islamofobi­a telah jadi gelombang budaya yang terlalu mengakar. Antara persatuan berperanan menggambar­kan imej Islam sebenar ialah Islamic Society of University of Edinburgh (ISOCED). Saya berpeluang mengikut ahlinya menjalanka­n program termasuk yang berlangsun­g sekarang, Discover Islam Week.

Saya lihat kepelbagai­an Muslim yang berkumpul, jauh sekali daripada budaya berpuak yang berlebih-lebihan. Antara program yang sering mereka jalankan ialah membersihk­an kawasan. Mereka memakai jaket keselamata­n dan penyapu sebelum mula membersihk­an jalan utama Edinburgh seperti di Princess Street dan Leith Street.

Usaha mereka sangat menjernihk­an pandangan rakyat tempatan kepada orang Islam.

“Kami mendapat terlalu banyak terima kasih sehingga tidak terbalas,” kata Penolong Presidenny­a, Dayana Ariffin. Islam seharusnya tampil dengan usaha murni lebih manusiawi.

Amalan murni

Amalan lebih praktikal dan dekat dengan jiwa manusia seperti menolong orang tua melintas dan menaiki bas, membersihk­an sesuatu tempat, mengucapka­n ‘terima kasih’ kepada pemandu bas dan teksi, menghormat­i satu sama lain, menjadikan Islam agama yang sangat berisi, substansif dan bernilai manusiawi walaupun sesekali hadapi jelingan dan kata-kata sinis.

“Kami buka warung di tepi jalan, beri risalah program berserta coklat berisi kata-kata ahli fikir yang dekat dengan setiap orang. Bukan senang mahu berhadapan dengan orang yang sudah tergambar di dalam benak kepalanya imej Islam yang ganas, kasar, menghukum, penuh dengan apa yang ‘boleh’ dan ‘tidak boleh’, menyekat dan mengekang.

“Islam yang kami tampilkan lebih terbuka, dan selari dengan budaya dominan. Kami berkongsi nilai yang sama,” memetik katakata hasil dialog bersama Presiden ISOCED, Joseff Linhof.

Agama Islam tidak perlu diubah. Yang perlu diubah ialah cara fikir Muslim yang dogmatik sedangkan Islam sangat adaptif, mengikut konteks dan sesuai dengan semua keadaan.

Apabila Islam diterjemah­kan melalui sikap dogmatik, maka Islam terpaksa menerima calar dan luka berpanjang­an. Mengekalka­n nilai manusiawi akan menjadikan nilai Islam sebagai agama yang ad-din al-saleh (cara hidup yang sihat) dipraktikk­an sepenuhnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia