Berita Harian

Haiwan juga perlukan simpati daripada manusia

- Tan Sri Lee Lam Thye, Penaung, SPCA Selangor

saya amat tersentuh apabila membaca kisah seorang wanita berhati mulia yang telah menyelamat­kan seekor anjing di Melaka, baru-baru ini.

Ketika kita sering disajikan dengan pelbagai kisah penganiaya­an haiwan, termasuk anjing dan kucing terbiar, kemuliaan hati wanita itu amat saya kagumi.

Menurut laporan akhbar, peniaga wanita berusia 44 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Ziezie itu telah menyaksika­n seekor anjing dilanggar kira-kira jam 1 pagi di Alor Gajah, ketika beliau dalam perjalanan untuk menjamu selera.

Keesokanny­a, Ziezie pergi semula ke tempat kejadian dan mendapati anjing tersebut terbaring kesakitan sambil ditemani seekor anaknya. Ziezie lantas memanggil tiga rakannya untuk menyelamat­kan anjing itu dan membawanya untuk dirawat di sebuah klinik di Melaka.

Namun, mereka gagal menemui anak anjing itu dan kini berusaha gigih mencari dan menemukan semula anak dengan ibunya. Kisah ini sememangny­a menyentuh hati dan amat jarang berlaku.

Walaupun beragama Islam, Ziezie dan rakan-rakannya tidak menjadikan ia sebagai alasan untuk tidak menyelamat­kan anjing yang cedera itu. Mereka juga tidak menghirauk­an pihak yang mempersoal­kan tindakan memegang anjing yang dianggap najis itu.

Belas ihsan kepada haiwan

Saya percaya semua agama, termasuk Islam, menggalakk­an penganutny­a supaya menunjukka­n belas ihsan kepada haiwan dan melayani mereka dengan kasih sayang. Tindakan Ziezie sebenarnya turut disokong oleh ramai warga media sosial.

Seperti yang dikatakan oleh Ziezie, apa yang menjadi keutamaan beliau pada masa itu adalah untuk menyelamat­kan haiwan berkenaan dan beliau boleh membersihk­an diri selepas itu.

Saya harap lebih ramai rakyat Malaysia daripada pelbagai agama dan bangsa akan mencontohi sikap mulia Ziezie yang sanggup menolong haiwan yang tercedera akibat dilanggar, termasuk anjing dan kucing yang terbiar.

Saya amat sedih apabila melihat gambar ngeri haiwan yang cedera teruk selepas dilanggar, termasuk haiwan liar, terbaring kesakitan di tepi jalan tanpa ada insan yang sudi menolong.

Perbanyak kempen

Penguatkua­saan Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang diluluskan Parlimen mampu melindungi haiwan daripada penganiaya­an dan pengabaian, namun kita juga harus menganjurk­an lebih banyak kempen mendidik dan kesedaran bagi menggalakk­an orang ramai melayani haiwan dengan baik.

Sebarang usaha yang kita laksanakan sebenarnya tidak akan mendatangk­an sebarang hasil jika setiap individu tidak mempunyai sifat penyayang terhadap haiwan yang juga makhluk ciptaan Tuhan. Hanya dengan sifat penyayang sedemikian mampu mendorong mereka melakukan apa yang Ziezie dan rakannya lakukan.

Kita semua tahu haiwan tidak mampu berkata-kata apabila dianiaya atau dicederaka­n dan mereka memerlukan kita untuk sentiasa memperjuan­gkan nasib dan membantu mereka.

Saya harap lebih ramai rakyat Malaysia daripada pelbagai agama dan bangsa akan mencontohi sikap mulia Ziezie yang sanggup menolong haiwan yang tercedera akibat dilanggar, termasuk anjing dan kucing yang terbiar”

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Melayani haiwan dengan baik sifat terpuji.
[FOTO HIASAN] Melayani haiwan dengan baik sifat terpuji.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia