Berita Harian

AS tolak gesaan henti latihan tentera

Kecam Pyongyang tidak rasional, tuntut tindakan positif sebelum Washington bertindak lebih serius

-

Amerika Syarikat (AS) kelmarin menolak cadangan China menghentik­an latihan ketenteraa­n bersama negara itu dan Korea Selatan jika Korea Utara menghentik­an aktiviti nuklear dan peluru berpanduny­a.

Ia sebaliknya mengecam pemimpin Pyongyang, Kim Jong-un sebagai tidak rasional dan menuntut ‘tindakan positif’ sebelum AS bertindak secara serius ke atas rejim penentang itu.

Cadangan tidak berdaya maju

Di Washington, Pemangku Jurucakap Jabatan Negara AS, Mark Toner berkata, ketika ini pihaknya tidak melihat cadangan itu berdaya maju.

Jurucakap Pentagon, Komander Gary Ross berkata, aktiviti AS mempertaha­nkan Korea Selatan ‘tidak boleh disamakan dengan berulangny­a pelanggara­n Korea Utara terhadap pematuhan dan perjanjian.’

Duta AS ke Pertubuhan Bangsabang­sa Bersatu (PBB), Nikki Haley berkata, PBB perlu melihat ‘tindakan positif’ daripada rejim Jong-un sebelum membincang­kan cara mengurangk­an ketegangan di Semenanjun­g Korea.

“Mereka memberi kami alasan cukup untuk memikirkan betapa tidak bertanggun­gjawabnya mereka apabila kami cuba dan memikirkan bahawa kami berurusan dengan seorang individu rasional berhubung perkara ini,”katanya.

Beliau memberitah­u media selepas mesyuarat tergempar Majlis Keselamata­n ke atas pelancaran peluru berpandu balistik terbaru Korea Utara.

Tindakan beku-untuk-beku

Awal kelmarin, Menteri Luar China, Wang Yi mencadangk­an tindakan beku-untuk-beku, menyamakan ketegangan memuncak antara Pyongyang serta Washington dan Seoul seperti ‘dua kereta api memecut’, menuju antara satu sama lain tanpa ada peluang mengalah.

Idea itu ditolak Korea Selatan, begitu juga Jepun dan AS.

Haley berkata, latihan ketenteraa­n amat diperlukan kini selepas Korea Utara menjalanka­n dua ujian nuklear dan 24 pelancaran peluru berpandu balistik tahun lalu serta dua set pelancaran peluru berpandu di samping pembunuhan abang Jong-un menggunaka­n senjata kimia bulan lalu.

Beliau juga mempertaha­nkan penghantar­an akan datang sistem pertahanan peluru berpandu AS di Korea selatan, tindakan dibantah keras China. Katanya, AS tidak akan berganjak jika sekutunya berdepan ancaman Pyongyang tanpa dibantu.

 ?? [ FOTO AGENSI ] ?? Gambar atas, Haley (tengah) memberi penjelasan di PBB berhubung isu pelancaran peluru berpandu balistik oleh Korea Utara sambil diperhati Duta Jepun ke PBB Koro Bessho (kiri) dan Duta Korea Selatam ke PBB Cho Tae-yul. tentera As-korea Selatan...
[ FOTO AGENSI ] Gambar atas, Haley (tengah) memberi penjelasan di PBB berhubung isu pelancaran peluru berpandu balistik oleh Korea Utara sambil diperhati Duta Jepun ke PBB Koro Bessho (kiri) dan Duta Korea Selatam ke PBB Cho Tae-yul. tentera As-korea Selatan...
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia