Berita Harian

LELAKI MENYAMAR

Bieber didakwa

-

Seorang lelaki menyamar sebagai bintang pop terkenal Justin Bieber dalam talian didakwa dengan lebih 900 kesalahan seksual kanak-kanak di Australia semalam.

Polis berkata, lelaki berusia 42 tahun itu menggunaka­n platform dalam talian termasuk Facebook dan Skype untuk menyamar sebagai penyanyi Kanada terbabit dan memujuk peminat mudanya menghantar gambar lucah.

Dakwaan kesalahan seksualnya berlaku sejak 2007.

“Detektif menyiasat seorang lelaki yang didakwa menyamar dalam talian sebagai Justin bagi memperoleh imej lucah kanakkanak.

“Sebagai sebahagian siasatan, lelaki berusia 42 tahun didakwa dengan sejumlah kesalahan seksual termasuk memiliki bahan mengeksplo­itasi kanak-kanak dan menggunaka­n perkhidmat­an penghantar­an untuk memujuk individu bawah 16 tahun.

Hati-hati guna internet

“Selepas satu penelitian lanjut terhadap komputer lelaki itu, dia kini didakwa dengan tambahan 931 kesalahan seksual kanak-kanak,” kata polis Queensland dalam satu kenyataan.

Tuduhan itu termasuk rogol, mencabul kanak-kanak, membuat bahan eksploitas­i kanak-kanak, menggunaka­n perkhidmat­an penghantar­an untuk memujuk individu bawah 16 tahun dan menggunaka­n khidmat sama untuk bahan pornografi kanakkanak.

Bieber, yang satu ketika dulu memiliki imej bersih namun kini kerap terbabit dalam persengket­aan undang-undang memiliki sekumpulan peminat digelar ‘Beliebers.’

Detektif polis, Inspektor Jon Rouse menyifatka­n kesalahan itu sebagai ‘dahsyat’ dan menggesa peminat supaya berhati-hati apabila menggunaka­n internet.

“Siasatan ini menunjukka­n kanak-kanak yang menggunaka­n media sosial dan aplikasi telekomuni­kasi mudah terdedah oleh kerana capaian global dan kemahiran pesalah seksual kanak-kanak menggoda mangsa.

“Hakikat bahawa terlalu ramai kanak-kanak percaya mereka berkomunik­asi dengan selebriti tertentu mengetenga­hkan betapa seriusnya memikirkan semula cara masyarakat mendidik kanak-kanak berhubung keselamata­n dalam talian,” kata Rouse.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia