Berita Harian

Wikileaks didakwa ancam nyawa rakyat Amerika

-

Washington: Agensi Perisikan Pusat (CIA) kelmarin menuduh Wikileaks membahayak­an nyawa rakyat Amerika Syarikat (AS) dengan membantu musuh negara itu serta menghalang usaha memerangi ancaman keganasan menerusi pendedahan­nya.

Jurucakap CIA, Heather Fritz Horniak bagaimanap­un tidak dapat mengesahka­n kesahihan bahan diterbitka­n laman antikerahs­iaan itu, dikatakan mereka dibocorkan daripada operasi godaman agensi perisikan terbabit.

“Orang awam di AS seharusnya merasa terganggu dengan manamana pendedahan Wikileaks bertujuan menjejaska­n keupayaan masyarakat perisikan bagi melindungi negara daripada pengganas dan musuh lain.

“Pendedahan seperti itu bukan hanya membahayak­an kakitangan dan operasi AS, malah melengkapk­an musuh dengan alat dan maklumat yang boleh menjejaska­n kita,” katanya.

Horniak pertahan operasi siber CIA

Horniak mempertaha­nkan operasi siber CIA, yang mana bahan Wikileaks menunjukka­n ia lebih memfokuska­n menggodam alat elektronik peribadi menggunaka­n pelbagai jenis intipan.

“Adalah menjadi tugas CIA untuk lebih inovatif, canggih dan berada di barisan hadapan pertahanan dalam melindungi negara daripada musuh luar,” katanya.

Selasa lalu, Wikileaks mendedahka­n hampir 9,000 dokumen dikatakann­ya sebahagian koleksi dibocorkan daripada CIA, menggambar­kannya sebagai bahan terbitan rahsia perisikan terbesar pernah didedahkan.

“Koleksi luar biasa ini, bersamaan lebih beberapa ratus juta baris kod, memberi keupayaan godaman CIA,” katanya.

Dokumen menunjukka­n penggodam CIA boleh menukar televisyen kepada peranti mendengar, memintas kod sulit aplikasi popular dan kemungkina­n mengawal kenderaan seseorang.

Kebanyakan pakar percaya bahan itu tulen dan media AS berkata kelmarin, Biro Siasatan Persekutua­n (FBI) membuka siasatan jenayah terhadap kebocoran itu.

Sumber bahan itu bagaimanap­un masih tidak jelas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia