Berita Harian

Lebih 43 maut angkara bom di Syria, Iraq

-

Beirut: Serangan udara dilakukan pakatan diketuai Amerika Syarikat (AS) di perkampung­an di utara Syria semalam meragut 23 nyawa orang awam.

Pemantau Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) berkata, serbuan udara itu mengenai perkampung­an Almatab selepas tengah malam.

Pakatan diketuai AS

“Ia kemungkina­n dilakukan tentera pakatan diketuai AS,” kata Ketua SOHR, Rami Abdel Rahman. Angka dilaporkan sebelum itu adalah 14 orang.

Sekurangku­rangnya lapan kanakkanak dan enam wanita antara yang maut di Almatab, dikepung militan Daesh.

Perkampung­an itu terletak berhampira­n jalan utama menghubung­kan Raqqa, ibu kota de facto Daesh, ke bandar Deir Ezzor, ibu kota wilayah kaya minyak.

Sementara itu di Mosul, Iraq, lebih 20 maut akibat serangan bom dalam satu majlis perkahwi Ketua SOHR nan berhampira­n Tikrit kelmarin ketika tentera Iraq berusaha menentang militan Daesh di kubu kuat mereka di sini.

Tentera ambil alih kawalan

Tentera berjaya mengambil alih kawalan di jalan utama menuju ke barat dari bandar ini, sebelum letupan bom di perkampung­an Hajjaj, dilaporkan pihak berkuasa tempatan dan medik sebagai serangan bunuh diri. Tiada pihak mengaku bertanggun­gjawab.

Sumber polis berkata, dua letu pan mengenai majlis perkahwina­n itu dan dua lagi menyasar pasukan keselamata­n di tempat kejadian sejurus selepas itu.

Ada pertembung­an berterusan antara pasukan keselamata­n dan militan di kawasan itu.

Sementara itu di bandar ini, tentera menentang militan Daesh yang bersembuny­i di kalangan penduduk awam serta menghantar penembak hendap dan pengebom bunuh diri bagi mempertaha­nkan kubu kuat terakhir di Iraq.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia