Berita Harian

Pep belum mahu menyerah

Pengendali tak kesal percaturan turun pemain simpanan tak menjadi

- Manchester

Pep Guardiola enggan menyerah kalah dengan melepaskan gelaran Liga Perdana Inggeris ke tangan Chelsea meskipun dikecewaka­n 0-0 di laman sendiri oleh Stoke City, semalam.

Keputusan itu secara langsung menyebabka­n anak buah Antonio Conte terus berada di puncak liga dengan kelebihan 10 mata.

Guardiola mempertaru­hkan nasib apabila merehatkan pemain tonggak John Stones, David Silva dan Raheem Steriling bagi mengharung­i suku akhir Piala FA di Middlesbro­ugh minggu ini dan aksi kedua 16 terbaik Liga Juara-juara menentang Monaco, minggu depan.

Taktikal itu tampak memakan diri dan Guardiola memasukkan pemain kebangsaan Sepanyol, Silva dari bangku simpanan sejam selepas perlawanan.

Jadual padat

“Saya pernah katakan sebelum ini, kami mengambiln­ya dari satu ke satu perlawanan,” kata Guardiola mengenai penguasaan Chelsea di puncak liga. “Kita akan melihat apakah yang bakal berlaku pada perlawanan seterusnya dan kemudian mengambiln­ya dari satu ke satu perlawanan. “Apabila berlaku jurang seperti ini, kamu perlu fokus; bukan meletakkan sasaran besar.”

Dalam pada itu, Guardiola menegaskan yang dia tidak menyesal dengan percaturan­nya merehatkan pemain tonggak apatah lagi City sedang memburu keputusan lebih memberangs­angkan di Piala FA dan Liga Juara-juara.

“Keutamaan adalah perlawanan selepas ini,” kata Guardiola. “Dan kami bermain untuk perlawanan seterusnya.

“Ada dua hari lagi dan kami akan menyertai perlawanan (Piala FA) – dan satu lagi di laman lawan kerana kami tidak pernah bermain di laman sendiri di kejohanan ini musim ini dan kami perlu menggunaka­n kesemua pemain.

“Saya mahu menggunaka­n lebih ramai pemain – seperti Fabian Delph dan yang lain.

“Pada perlawanan terakhir, saya tidak menurunkan Kevin De Bruyne dari awal, jadi kami perlu menggunaka­n kesemua pemain dalam skuad untuk memenuhi jadual padat kali ini.”

Apabila berlaku jurang seperti ini, kamu perlu fokus; bukan meletakkan sasaran besar” Pep Guardiola Pengurus Manchester City

 ??  ??
 ??  ?? Pemain Manchester City, Sergio Aguero dikekang pertahanan Stoke City dalam aksi Liga Perdana, kelmarin.
Pemain Manchester City, Sergio Aguero dikekang pertahanan Stoke City dalam aksi Liga Perdana, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia