Berita Harian

Barca cetus mimpi ngeri buat PSG

Barcelona bangkit atasi defisit 4-0 ketepikan anak buah Emery

-

̌

Wira Liga Juara-juara Barcelona, Sergi Roberto berkata dia mengerah seluruh tenaganya ketika menjelmaka­n gol pada minit ke-95 bagi mencipta kebangkita­n paling hebat dalam sejarah bola sepak di Camp Nou awal pagi semalam.

Barca meledak tiga kali dalam tempoh dua minit terakhir dan masa kecederaan untuk menjadi pasukan pertama dalam pertanding­an tertinggi Eropah itu mengatasi defisit 4-0 untuk menang 6-5 secara agregat ke atas Paris Saint Germain (PSG) sekali gus layak ke suku akhir.

“Saya mengerah seluruh tenaga saya untuk ini,” kata pemain tengah berusia 25 tahun itu. “Kami meninggalk­an Paris dengan perasaan kecewa dan sekarang ia amat menakjubka­n.

“Kami sudah bersedia untuk semua ini. Penyokong seperti 10 pemain tambahan dan di akhirnya ini semua untuk mereka.”

Paksa berlari

Seorang lagi pemain tengah, Ivan Rakitic berkata Barca membuktika­n kepada pengkritik selepas diaibkan dalam aksi pertama di Paris tiga minggu lalu yang mereka masih pasukan terbaik di dunia.

“Ia tidak masuk akal. Selepas Paris ramai yang menghentam pasukan ini tetapi malam ini cukup istimewa, kami melakar sejarah,” kata pemain Croatia itu. “Kami tahu kami pasukan terbaik di dunia.”

Luis Suarez membuka jaringan, diikuti gol sendiri Layvin Kurzawa dan penalti Lionel Messi merapatkan jurang Barca dalam aksi timbal balik itu.

Bagaimanap­un gol Edinson Cavani seakan merentap impian Barca apabila PSG masih mempunyai kelebihan dua gol dan gol di tempat lawan ketika permainan berbaki 30 minit.

Namun dua gol jaringan Neymar dan satu oleh Roberto menggembir­akan hampir 100,000 penyokong di Camp Nou.

“Saya tidak pernah melihat sesuatu seperti ini. Hanya dalam sukan anda boleh mengalami emosi sebegini,” kata pertahanan Barca Samuel Umtiti.

“Kami tahu bagaimana untuk meletakkan mereka dalam situasi sukar, memaksa mereka berlari, kami sudah bersedia. Kami tewas pada perlawanan pertama, tetapi jika kami bermain begini ia amat sukar untuk menewaskan kami.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia