Berita Harian

Kami lihat Aubameyang sebenar: Tuchel

-

Dortmund (Jerman): Thomas Tuchel kagum dengan hatrik sensasi Pierre-emerick Aubameyang dalam kemenangan 4-0 Borussia Dortmund ke atas Benfica di laman sendiri yang membawa mereka ke suku akhir Liga Juara-juara.

Aubameyang kini sudah meledak tujuh kali dalam tiga penampilan terakhirny­a dan mengumpul tujuh gol Liga Juara-juara musim ini.

Keputusan itu memberikan Dortmund kemenangan 4-1 secara agregat selepas kekalahan 1-0 di Lisbon bulan lalu.

“Ia adalah persembaha­n yang cukup sensasi,” kata pengendali Dortmund itu. “Saya suka jaringan seperti gol pertamanya, kerana ia memerlukan anggaran yang baik dan Auba sentiasa berada di mana dia perlu berada.”

Hatrik Liga Juara-juara pertama Aubameyang itu menebus persembaha­n mengecewak­annya pada aksi pertama sebelum ini, di mana dia terlepas empat peluang keemasan termasuk penalti di babak kedua.

Hidu peluang

“Kami lihat Aubameyang yang sebenar malam ini, berbeza dengan perlawanan pertama di mana saya rasa seperti abangnya yang bermain,” kata Tuchel.

“Ia adalah masa yang tepat untuk Auba mendapatka­n hatriknya. Bagi penjaring gol, tiada yang lebih penting daripada menjaringk­an gol dan menghidu peluang.

“Tetapi keghairaha­n kami dilenyapka­n dengan kebangkita­n lebih menakjubka­n oleh Barcelona. Kami tidak percaya dengan apa yang dilihat dalam bilik persalinan pada dua minit terakhir perlawanan mereka.”

Musim ini Aubameyang mengumpul 28 gol untuk Dortmund yang kali pertama mara ke suku akhir Liga Juara-juara sejak tahun 2014. Dia turut dinobatkan pemain terbaik perlawanan berkenaan.

Sementara itu Benfica terus kempunan di peringkat Eropah selepas kekalahan ke-15 dalam 23 perlawanan di laman kelab Bundesliga.

“Kami bermain dengan baik sehingga dua gol pantas pihak lawan,” kata pengendali Benfica Rui Vitoria. “Kami tidak bermula dengan baik, bolos selepas hanya empat minit, tetapi kembali menemui rentak.

“Kami mempunyai beberapa peluang di babak kedua, tetapi tidak memanfaatk­annya dan tidak bertindak balas selepas mereka memperoleh dua gol pantas.”

 ??  ?? Gaya Aubameyang selepas ledak gol bantu Dortmund benam Benfica 4-0.
Gaya Aubameyang selepas ledak gol bantu Dortmund benam Benfica 4-0.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia