Berita Harian

Zaidatul lebur rekod 24 tahun

Olimpian negara buktikan wanita terpantas di Malaysia

- Oleh Mohd Khairie Khalid

Olimpian negara, Zaidatul Husniah Zulkifli membuktika­n dirinya wanita terpantas di Malaysia selepas memecahkan rekod kebangsaan acara 100 meter (m) yang berusia 24 tahun, awal pagi tadi.

Atlet dari Alor Setar itu mencatat kepantasan 11.45 saat (s) dalam Kejohanan ASA Speed Series 2, Bloemfonte­in, Afrika Selatan, sekali gus memadamkan rekod lama 11.50s milik G Shanti yang dilakukann­ya pada aksi Pra-sukan SEA di Kuala Lumpur pada 7 Mei 1993.

Kejayaan atlet yang beraksi di Sukan Olimpik Rio 2016 itu disahkan oleh ketua jurulatih olahraga kebangsaan, Zainal Abas.

Bagaimanap­un, Zaidatul Husniah sekadar menamatkan saingan di tempat kedua pada aksi final Kumpulan B itu dengan acara berkenaan diungguli atlet tuan rumah, Tamzin Thomas yang mewakili University of Western Cape manakala tempat ketiga diraih Tsaone Sebele dari University of Johanesbur­g.

Sabtu lalu, Zaidatul Husniah, 24, sudah memecahkan rekod kebangsaan yang sudah lama bertahan itu, namun catatan 11.36s yang dicipta dalam Kejohanan AGN League 7, Pretoria, Afrika Selatan itu tidak diiktiraf kerana mendapat bantuan angin 2.5s.

Duduki tempat kedua

Seorang lagi atlet negara yang berada di kumpulan sama, S Komalam mengakhiri saingan di kedudukan keempat, namun dia berjaya mencatatka­n rekod peribadi terbaik dengan kepantasan 11.72s.

Bagi acara 4x100m lelaki pula, skuad negara mengakhiri saingan di tempat kedua dengan catatan masa 40.38s manakala juara milik pasukan Afrika Selatan dengan kepantasan 39.03s serta ketiga, Western Province (40.63s).

Pasukan 4x100m wanita juga menamatkan saingan di kedudukan kedua dengan catatan 45.71s, juara milik Afrika Selatan (45.16s) dan ketiga, Universiti of Freestate, 48.08s.

Semua kejohanan berlangsun­g di Stadium Mangaung Athletics, Bloemfonte­in, Afrika Selatan.

Ia adalah kejohanan kedua disertai atlet negara di benua Afrika selepas AGN League di Pretoria, Sabtu lalu.

Ketika ini seramai 11 atlet olahraga berada di Afrika Selatan untuk sesi latihan dan pertanding­an sebagai persiapan menjelang temasya Sukan SEA Kuala Lumpur, Ogos ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia