Berita Harian

KOM sedia insentif RM5,000

-

Kuala Lumpur: Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) akan menyediaka­n insentif lebih RM5,000 kepada Zaidatul Husniah Zulkifli selepas memecahkan rekod kebangsaan 100 meter (m) wanita di Kejohanan ASA Speed Series 2 di Bloemfonte­in, Afrika Selatan, awal pagi semalam.

Presiden KOM, Datuk Karim Ibrahim berkata ganjaran itu sebagai penghargaa­n atas usaha atlet berusia 24 tahun itu meleburkan rekod berusia 24 tahun, 11.50s milik G Shanti yang dilakar pada aksi Pra-sukan SEA di Kuala Lumpur pada 7 Mei 1993.

“Tahniah diucapkan kepada Zaidatul kerana mencatat 11.45s sekali gus menjadi atlet wanita terpantas di negara ini. Saya rasa bangga kerana program yang diatur di Afrika Selatan berjalan lancar.

“Selepas kembali dari sana (Afrika Selatan), dia akan menerima insentif lebih RM5,000 kerana rekod itu berusia 24 tahun,” kata Karim kepada BH Sukan, semalam.

Ada empat kejohanan lagi

Selepas ini, atlet negara akan menyertai empat lagi kejohanan iaitu ASA Speed Series 4, Germiston pada 22 Mac, NWU/SASOL, Prestige Internatio­nal Meeting, Sasolburg (28 Mac), AGN League 10, Best Mrs Tuks (8 April) dan National Senior Championsh­ip, Potchefstr­oom (20-11 April).

Karim berkata KOM turut menyenarai­kan Zaidatul untuk bertanding mewakili negara ke Kejohanan Dunia Persekutua­n Olahraga Antarabang­sa (IAAF) 2017 di London dari 4 hingga 13 Ogos ini.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata kejayaan pelari pecut wanita negara, Zaidatul Husniah Zulkifli meleburkan rekod kebangsaan dengan catatan 11.45 saat pada Kejohanan ASA Speed Series 2, Bloemfonte­in, Afrika Selatan, semalam memberi petanda baik untuk Malaysia dalam acara itu pada Sukan SEA Kuala Lumpur, Ogos ini.

“Kita ada barisan pelari pecut lelaki yang sudah menunjukka­n prestasi cemerlang dan sekarang, kita lihat melalui Zaidatul Husniah juga, kita berpeluang untuk mendapat kedudukan di podium pada Sukan SEA Kuala Lumpur.

“Saya sangat gembira dengan perkembang­an pelari pecut kita dan berharap mereka akan mencapai kemuncak prestasi mereka pada temasya berkenaan,” katanya semalam.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia