Berita Harian

Malaysia mara separuh akhir

Skuad negara tewaskan Sri Lanka 5-2, pemain kita kena pukul

- Oleh Naqib Nor Said

Kejayaan skuad hoki negara melangkah ke pentas separuh akhir Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia (WHL2) menumpaska­n Sri Lanka 5-2 semalam dicemari dengan insiden pemain lawan dibuang padang kerana memukul pemain Malaysia.

Dalam aksi peringkat suku akhir di Stadium Hoki Maulana Bhasari di Dhaka, Bangladesh itu, skuad hoki negara tidak berdepan masalah melangkah ke pentas separuh akhir dan bakal berdepan Mesir yang menumpaska­n Bangladesh, 5-1.

Pemain Sri Lanka, Samida de Costha dibuang padang kerana memukul kepala Joel Van Huizen dalam situasi tanpa bola pada minit ke-39 tetapi kad merah itu ditarik balik selepas pengarah teknikal kejohanan menilai rakaman video perlawanan.

Dua pukulan penalti

Malaysia bagaimanap­un gagal memanfaatk­an kelebihan itu apabila gagal menjaringk­an gol pada suku ketiga dan keempat perlawanan ketika lawan beraksi dengan 10 pemain.

Malah, semua gol Malaysia ketika mengatasi lawan ranking ke-41 dunia itu hadir menerusi percubaan padang sekali gus mencetuska­n persoalan terhadap kemampuan jentera pukulan sudut penalti yang ditunjangi Razie Rahim dan Shahril Saabah.

Namun, kapten negara Sukri Mutalib segera mempertaha­nkan kegagalan itu dengan menjelaska­n mereka sekadar memperoleh dua pukulan sudut penalti sepanjang 60 minit aksi.

“Secara positifnya bagus kerana kami dapat menjaringk­an lima gol padang dan pemain barisan depan juga tampak tajam untuk tidak mensiasiak­an peluang yang terhidang,” kata pemain berusia 31 tahun itu. Suku Akhir KEPUTUSAN Malaysia 5-2 China 17-0 Oman 4-3 Mesir 5-1 Sri Lanka Fiji

Ghana Bangladesh

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia