Berita Harian

Atlet olahraga mampu pecah banyak rekod

-

Kuala Lumpur: Ketua Kontinjen Negara (CDM), Datuk Marina Chin meluahkan keyakinan tinggi altet olahraga mampu memecahkan lebih banyak rekod kebangsaan di Sukan SEA di sini, bermula 19 Ogos ini.

Beliau juga yakin pecut wanita negara, Zaidatul Husniah Zulkifli, 24, sekali lagi mampu memecahkan rekod kebangsaan yang baharu saja dipegangny­a.

Zaidatul memecahkan rekod kebangsaan selepas mencatat masa 11.45 saat (s) pada Kejohanan ASA Speed Series 2, Bloemfonte­in, Afrika Selatan, semalam, sekali gus memadamkan catatan 11.50s milik G Shanti yang dilakukan di Kejohanan Pra Sukan SEA Kuala Lumpur pada 7 Mei 1993.

“Saya yakin Zaidatul boleh catat masa lebih baik kerana masih banyak masa lagi untuk meningkatk­an prestasi dan sekarang baru bulan Mac. Saya rasa dia mampu lakukan catatan lebih baik.

Gembira kejayaan Zaidatul

“Kalau sekarang ramai atlet olahraga boleh catat masa meyakinkan, maka saya percaya mereka mampu menunjukka­n prestasi lebih baik menjelang Ogos nanti.

“Jika kita tidak beri peluang macam mana mereka boleh buktikan keupayaan untuk mewakili Malaysia,” katanya selepas meninjau persiapan atlet gimnastik di Gimnasium Satu, Majlis Sukan Negara di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Marina berkata beliau gembira dengan kejayaan Zaidatul kerana sudah lama tiada pelari wanita Malaysia berjaya mencatat masa di lingkungan 11 saat dalam acara pecut.

“Bukan hanya Zaidatul saja gembira dengan pencapaian­nya tetapi seluruh rakyat Malaysia berbangga kerana sudah lama kita tidak nampak pelari pecut Malaysia mampu catat masa dalam lingkungan 11 saat.

“Apa yang lebih membanggak­an, kini kita ada empat pelari pecut yang mampu berbuat demikian. Ia menunjukka­n satu pencapaian terbaik bukan hanya atlet yang pergi ke Afrika Selatan tetapi ramai lagi pelapis yang ada dalam negara,” katanya.

Saya yakin Zaidatul Husniah mampu sekali lagi mampu pecahkan rekod kebangsaan yang baharu dipegangny­a” Marina Chin Ketua kontinjen Sukan SEA 2017

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia