Berita Harian

Kelibat Houwei hantui Chong Wei

- Oleh Helmi Talkah

Kuala Lumpur: Jaguh perseorang­an negara, Datuk Lee Chong Wei berdepan cabaran sebenar dalam misi memburu gelaran keempat Seluruh England apabila turun menentang pemain China, Tian Houwei pada aksi suku akhir, hari ini.

Ketika pemain nombor satu dunia itu masih mencari rentak selepas tiga bulan tanpa sebarang kejohanan kompetitif selain baru pulih daripada kecederaan lutut, Houwei dilihat mampu menjadi pemusnah terhadap impiannya.

Pengalaman dikejutkan dengan kekalahan di tangan bintang meningkat naik China itu pada saingan Terbuka Australia 2013 pastinya akan kembali menghantui Chong Wei.

Terdahulu, Chong Wei yang turun sebagai pilihan pertama kejohanan mengesahka­n slot ke suku akhir selepas mengetepik­an pemain Taiwan, Wang Tzu Wei 21-18, 21-18 dalam aksi pusingan kedua di Arena Barclaycar­d, Birmingham, malam tadi.

Houwei yang diletakkan pilihan ketujuh mara selepas menang atas pemain India, H S Prannoy 21-13, 21-5.

Lin Dan tewaskan Zulfadli

Sementara itu, pemain perseorang­an profesiona­l, Zulfadli Zulkifli akur dia masih jauh ketinggala­n berbanding juara dunia lima kali, Lin Dan dari China apabila ditunjukka­n jalan keluar selepas tewas 11-21, 12-21 dalam aksi pusingan pertama, awal pagi semalam.

“Sya dapat belajar sesuatu daripada perlawanan ini. Saya tidak dapat bermain 100 peratus kerana baru pulih daripada kecederaan hamstring (ketika Kejohanan Kebangsaan bulan lalu),” kata Zulfadli.

Beregu lelaki negara, Teo Ee Yi-ong Yew Sin yang turut gagal lepasi pusingan pertama pula mengakui tekanan beraksi kali pertama punca gagal bermain pada tahap prestasi sebenar.

Ee Yi-yew Sin yang kini memegang status beregu nombor dua negara tewas kepada pasangan Taiwan, Lu Ching Yaoyang Po Han 14-21, 21-13, 18-21.

 ??  ?? Chong Wei akan turun menentang pemain China, Tian Houwei pada aksi suku akhir, hari ini.
Chong Wei akan turun menentang pemain China, Tian Houwei pada aksi suku akhir, hari ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia