Berita Harian

NS enggan impian terlerai

Skuad Hobin Jang Hobin mahu manfaat laman sendiri jumpa Pulau Pinang

- Oleh Mohd Amin Jalil

Selepas berjaya mengenepik­an cabaran gergasi bola sepak tempatan, Selangor pada pusingan kedua, Negeri Sembilan tidak rela impian mereka untuk melangkah sejauh mungkin saingan Piala FA musim ini tersekat di pertengaha­n jalan.

Justeru, skuad Hobin Jang Hobin bertekad untuk memastikan kelebihan beraksi di laman sendiri dimanfaatk­an sebaik mungkin ketika melayan kunjungan pasukan tercorot Liga Super, Pulau Pinang pada aksi pusingan ketiga di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam esok.

Ketua jurulatih, Mohd Asri Ninggal berkata pemainnya sudah diminta bangkit daripada persembaha­n kurang memuaskan ketika terikat seri 1-1 dengan UITM FC dalam aksi Liga Perdana di Shah Alam, Selasa lalu.

“Persembaha­n yang sedikit hambar ketika seri dengan UITM FC, Selasa lalu, perlu segera dilupakan dan kini pemain perlu terus fokus kepada cabaran menentang Pulau Pinang, Sabtu ini (esok).

Jejas peluang

“Reputasi Pulau Pinang yang berada dalam kelompok terbawah carta liga tidak boleh dipandang rendah kerana pasukan itu boleh menjejaska­n peluang Negeri Sembilan jika pemain bermain sambil lewa.

“Oleh itu, pemain Negeri Sembilan perlu tampil dengan semangat juang yang tinggi seperti mereka tunjukkan dalam tujuh perlawanan Liga Perdana sebelum ini,” katanya semalam.

Mengenai barisan pemain yang akan diturunkan malam esok, pengendali itu berkata hanya pemain yang benarbenar cergas dan mampu beraksi pada tahap tertinggi akan diturunkan.

“Saya hanya akan menurunkan pemain yang cergas 100 peratus dan mencapai tahap prestasi terbaik kerana pertembung­an ini membabitka­n saingan kalah mati dan kita perlu bersedia berdepan sebarang kemungkina­n.

“Pemain juga diingatkan sentiasa berwaspada dan jangan sesekali hilang fokus jika mahu merealisas­ikan kemenangan dan seterusnya melayakkan diri ke suku akhir,” katanya. HARI INI Std Perak, Ipoh, 9mlm ESOK Std Tuanku Syed Putra, 4.15ptg Std Likas, 8.15mlm Std Tan Sri Hassan Yunos, 9mlm Std TAR, Paroi, 9mlm Std Darul Makmur, 9mlm Std Sultan Ismail Nasiruddin, 9mlm

 ?? [ FOTO OWEE AH CHUN / BH ] ?? Pemain Negeri Sembilan, Simic Marko (kiri) diasak pemain UITM FC, Onoriode Kugghegbe pada aksi Liga Perdana, Selasa lalu.
[ FOTO OWEE AH CHUN / BH ] Pemain Negeri Sembilan, Simic Marko (kiri) diasak pemain UITM FC, Onoriode Kugghegbe pada aksi Liga Perdana, Selasa lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia