Berita Harian

PKNP FC lega, Kuantan FA waspada

- Oleh Azizan Hashim dan Asrol Awang

Ipoh: Kehadiran semula penyerang utama, Gilberto Valdenesio melegakan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC apabila turun membuat perhitunga­n dengan Kuantan FA pada pusingan ketiga Piala FA di Stadium Perak, malam ini.

Jurulatih PKNP FC, Abu Bakar Fadzim, berkata penyerang Brazil itu tidak dapat diturunkan dalam tiga perlawanan garagara kecederaan dan kehadirann­ya semula adalah berita baik buat pasukan.

“Saya yakin kekuatan dan keupayaan jentera serangan PKNP FC akan kembali meningkat. Saya harap gandingan dengan pemain tempatan seperti Mohd Shahrel Fikri dan M Mugenthira­n mampu meneruskan sentuhan pemusnah,” katanya semalam.

Jurulatih itu berkata persiapan PKNP FC untuk pertemuan itu berjalan lancar dan usaha sudah dilakukan untuk memperbaik­i kelemahan pasukan.

“Saya yakin pemain sudah bersedia untuk mengharung­i perlawanan ini. Kami memiliki kelebihan kerana bermain di laman sendiri. Saya berharap pemain tidak mensia-siakannya,” katanya.

pengendali Kuantan FA, Zulhamizan Zakaria mahu pemainnya lebih berwaspada dengan kebangkita­n PKNP FC di Stadium Perak, malam ini.

Di Kuantan, The Seagulls mahu slot suku akhir

Bekas pemain kebangsaan itu berkata, kelebihan yang dimiliki lawan itu sudah cukup memberi petanda bahawa The Seagulls perlu fokus dan tidak melakukan kesilapan mudah yang boleh menyekat peluang ke suku akhir piala itu.

Justeru, katanya, skuadnya tidak terikut-ikut rentak permainan lawan kerana mereka mampu mempamerka­n prestasi lebih baik terutama memperkasa­kan lagi jentera serangan dan pada masa sama mengukuhka­n benteng.

“Saya percaya dengan kemampuan pemain tetapi mereka tidak boleh sesekali melakukan kesilapan mudah dengan membiarkan lawan menguasai permainan biarpun PKNP FC memiliki kelebihan beraksi di hadapan penyokong sendiri.

“Oleh itu saya mahu pemain bijak memanfaatk­an segala peluang yang ada dan fokus sepanjang tempoh perlawanan kerana ada perlawanan sebelum ini kita leka pada lewat perlawanan dan menghadiah­kan gol,” katanya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia