Berita Harian

Larsen serasi di Kedah

Penyerang import Helang Merah tekad robek gol Perak

- Oleh Izzali Ismail

Penyerang import Kedah, Ken Ilso Larsen tekad membantu pasukannya membenam Perak pada saingan pusingan ketiga Piala FA di Stadium Perak, esok bagi memastikan pasukannya layak ke suku akhir.

Pemain yang sudah meledak lima gol sehingga kini mengakui semakin mendapat rentak dengan corak permainan Helang Merah dan yakin mencipta gol lagi pada aksi itu nanti.

“Saya sudah mendapat persefaham­an yang baik ketika digandingk­an dengan Sandro Da Silva dan ini dapat dilihat ketika kami meledak dua gol ketika menewaskan Melaka 4-0 pada saingan Liga Super di Stadium Darul Aman, Sabtu lalu.

“Keserasian yang semakin meningkat dengan Sandro adalah antara faktor saya berjaya menghasilk­an dua gol pada perlawanan itu.

“Misi saya kali ini adalah memburu gol bagi membantu Kedah meraih kemenangan dan seterusnya mengekalka­n konsistens­i yang dipamerkan Kedah sejak awal musim ini,” katanya semalam.

Kekal rekod tanpa kalah

Larsen berkata, sebagai penyerang baharu Kedah, dia mengakui memerlukan sedikit masa untuk mendapat keserasian Penyerang Kedah dalam corak permainan bersamarak­ansepasuka­n.

“Kini selepas mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada jurulatih, Tan Cheng Hoe, keserasian kami kian bertambah.

“Saya yakin dengan keserasian dan persefaham­an yang baik ketika ini, sudah pasti saya mampu mengatur langkah menggempur kubu lawan dengan asakan dan gerakan yang lebih berkesan,” katanya.

Katanya, kejayaan Kedah mengekalka­n rekod tanpa kalah dan menang lapan perlawanan dalam saingan Liga Super menjadi motivasi buat pemain untuk memburu kejayaan dalam perlawanan selepas ini.

“Saya berharap rakan sepasukan bersedia sepenuhnya dan turun dengan penuh semangat memburu kemenangan bagi melayakkan diri ke peringkat suku akhir Piala FA,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia