Berita Harian

Kapten Terengganu mahu turun lawan T-team

- Oleh Faizul Azlan Razak

Kuala Terengganu: Kapten Terengganu, Abdul Latiff Suhaimi kini dalam dilema apabila kecederaan dialami menghantui­nya menjelang pertembung­an adik-abang di pusingan ketiga Piala FA menentang TTeam di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, esok.

Tonggak tengah skuad Penyu itu berkata, kecederaan lutut yang dialami ketika bertemu Negeri Sembilan pada 17 Februari lalu sehingga tersisih empat perlawanan sudah bertambah baik.

Pemain kelahiran Kota Bahru, Kelantan itu berkata dia kini berusaha untuk kembali memperkuat­kan pasukan dan mengimpika­n untuk bermain bertemu The Titans.

“Sememangny­a saya begitu berkobar-kobar untuk kembali bermain membantu pasukan apatah lagi aksi kalah mati ini bertemu T-team yang juga bekas pasukannya pada tahun 2013.

“Kecederaan saya sudah semakin pulih dan sekarang keputusan terletak di tangan ketua jurulatih, Irfan Bakti Abu Salim sama ada mahu menurunkan­nya atau tidak. Tapi, jika saya diberi kepercayaa­n untuk bermain Sabtu ini, saya akan memberikan yang terbaik walaupun bertemu dengan pasukan lama," katanya kepada BH Sukan, di sini, semalam.

Irfan ada pengalaman

Pemain berusia 27 tahun itu berkata, pertemuan dengan T-team umpama adikabang, tapi mereka terpaksa akur dengan undian dan dalam bola sepak kedua-dua pasukan perlu bersikap profesiona­l.

Katanya, pasukannya tidak meletakkan sasaran tinggi dalam perebutan piala lain musim ini kecuali mahu layak semula ke saingan Liga Super 2018, tapi jika berjaya melangkah jauh dalam Piala FA dan Piala Malaysia, ianya satu bonus buat skuad Penyu.

“Saya melihat prestasi pasukan kini di tahap terbaik dalam setiap perlawanan walaupun kehilangan beberapa tonggak utama yang mengalami kecederaan seperti Mohamad Sharin Sapien dan Izuan Jarudin.

“Saya percaya pengalaman yang dimiliki jurulatih (Irfan Bakti) dan semangat juang rakan sepasukan, segala kekurangan berjaya di atasi dengan meraih empat kemenangan berturut-turut dalam aksi Liga Perdana,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia