Berita Harian

Safee, Amri terus jadi pilihan

Kim Swee hanya panggil dua pemain JDT

- Oleh Syafiq Aznan

Seramai 23 pemain dipanggil menyertai kem latihan pusat Harimau Malaysia bermula Isnin ini biarpun keputusan berhubung venue aksi pembukaan kelayakan Piala Asia 2019 berdepan Korea Utara belum ditetapkan lagi.

Ia sebagai persiapan awal bagi menghadapi perlawanan persahabat­an bertemu Filipina di Manila pada 22 Mac ini sebelum membuka kempen Kumpulan B menentang Korea Utara enam hari kemudian.

Perak mendominas­i senarai 23 pemain untuk menyertai kem latihan pusat kali ini selepas enam pemain mereka berjaya memikat hati pengendali negara, Datuk Ong Kim Swee.

Secara keseluruha­n, 18 pemain skuad Piala Suzuki AFF di Yangon dikekalkan manakala lima pemain digugurkan iaitu penjaga gol berpengala­man, Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan), Irfan Fazail (JDT II), Ahmad Fakri Saarani (Kedah), Darren Lok (JDT) dan Norshahrul Idlan Talaha (FELDA United).

Lima muka baharu yang dipanggil adalah penjaga gol, Farizal Harun (FELDA United), Mohd Nasir Basharuddi­n (Perak), Mohd Afif Amiruddin (Pahang), Khair Muhammad Jefri Jones (Melaka United) dan Muhammad Akram Mahinan (Kedah) bagi melengkapk­an senarai 23 pemain untuk panggilan kali ini.

Hanya guna tiga penyerang

Hanya dua pemain daripada pasukan JDT dipanggil membarisi skuad kebangsaan iaitu penyerang, Ahmad Hazwan Bakri dan pertahanan, Mohd Fadhli Shas.

Kim Swee juga memanggil tiga penyerang untuk menggalas tanggungja­wab selaku penggempur iaitu Hazwan dan dua penyerang veteran, Safee Sali serta Mohd Amri Yahyah.

Pemain yang dipanggil perlu melapor diri pada tengah hari Isnin ini (13 Mac) kecuali dua pemain JDT pada Rabu (15 Mac) dan dua pemain FELDA United pada Khamis (16 Mac), sehari selepas mereka beraksi pada perlawanan Piala AFC 2017 membabitka­n pasukan masing-masing.

Skuad Harimau Malaysia dijangka berlepas ke Manila pada Isnin, 20 Mac untuk berdepan Filipina, dua hari kemudian sebelum menghadapi Korea Utara yang dijadual berlangsun­g 28 Mac.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia