Berita Harian

Jangan anak tirikan bola sepak pantai: Ismail

- Oleh Faizul Azlan Razak

Kuala Terengganu: Pengendali bola sepak pantai Malaysia, Ismail Zakaria mahu semua pihak terutama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak menganakti­rikan sukan itu sebaliknya perlu melakukan sesuatu seperti mewujudkan Liga Bola Pantai di negara ini.

Katanya, kegagalan pasukannya dalam Kejohanan Bola Sepak Pantai Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) yang berlangsun­g di negeri ini disebabkan kurangnya pengalaman dan tidak ada kejohanan domestik yang dianjurkan seperti yang dilakukan negara Asia lain.

“Kesimpulan­nya cukup mudah iaitu saya sendiri tidak mempunyai banyak masa untuk membentuk pasukan yang mantap, pemain tidak cukup pengalaman dan teknik bermain bola pantai di pentas antarabang­sa.

“Kalau mahu dibandingk­an dengan pasukan gergasi Asia dalam bola sepak pantai seperti Iran, Bahrain, Jepun dan UAE, memang kita jauh ketinggala­n kerana mereka sudah dibentuk bertahun-tahun selain mempunyai liga domestik di negara masing-masing.

Jauh ketinggala­n

“Kita di Malaysia dikeliling­i pantai dan saya yakin jika liga bola sepak pantai dianjurkan, skuad negara mampu bersaing dan berada setaraf dengan pasukan gergasi Asia Tenggara,” katanya yang ditemui selepas pasukan kendaliann­ya menamatkan saingan dengan menundukka­n China 2-1 di Pantai Batu Buruk.

Pengendali berusia 55 tahun itu berkata, beliau berharap jika perubahan kepimpinan dalam badan induk negara berubah, sukan bola sepak pantai diharap tidak lagi dianaktiri­kan sebaliknya perlu lebih banyak kejohanan dalam dan luar negara diadakan.

Dalam kejohanan itu, Malaysia yang diundi dalam Kumpulan A, tewas tiga perlawanan di tangan Afghanista­n (3-5) dalam aksi pembuka tirai, dibelasah Iran 14-0 dan Bahrain 6-5 sebelum menutup saingan menang 2-1 ke atas China.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia