Berita Harian

‘Jangan keruhkan lagi keadaan’

- Oleh Zanariah Abd Mutalib

Cyberjaya: Malaysia tidak mahu mengambil apa-apa tindakan yang boleh mengeruhka­n lagi keadaan berhubung perlawanan pembukaan Kumpulan B kelayakan Piala Asia 2019 antara skuad negara dengan Korea Utara.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata semua pihak perlu memahami terdapat beberapa rakyat Malaysia yang masih berada di Korea Utara, selepas kerajaan negara itu tidak membenarka­n mereka keluar dari negara berkenaan buat masa ini, ekoran konflik membabitka­n kedua-dua negara.

Beliau berkata demikian mengulas gesaan bekas pemain skuad kebangsaan, kelmarin supaya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memboikot perlawanan antara Harimau Malaysia dan Korea Utara sebagai tindak balas terhadap Pyongyang yang melarang 11 rakyat negarainik­eluardarin­egaraitu.

Bekas pemain skuad kebangsaan menyifatka­n tindakan itu tepat apatah lagi Malaysia pernah melakukan perkara sama pada Sukan Olimpik Moscow 1980 sebagai bantahan terhadap Kesatuan Soviet yang menceroboh kedaulatan Afghanista­n.

Boleh tingkatkan ketegangan

“Apa saja tindakan kita sama ada diplomatik atau ada kaitan dengan sektor lain, jangan kita buat apa-apa yang boleh meningkatk­an ketegangan antara keduadua negara.

“Polemik (isu perlawanan) ini tidak akan membantu (memulihkan situasi kedua-dua negara),” katanya pada sidang media selepas program 'TN50X: Dialog Bersama Usahawan Muda', di sini, semalam.

Kerajaan sebelum ini memutuskan untuk tidak membenarka­n Harimau Malaysia ke Pyongyang bagi menghadapi aksi itu kerana faktor keselamata­n berikutan konflik yang berlaku membabitka­n kedua-dua negara ketika ini.

Sehubungan itu, FAM masih menunggu jawapan daripada Konfederas­i Bola Sepak Asia (AFC) mengenai permohonan untuk mengadakan perlawanan itu di gelanggang berkecuali yang dijangka akan diketahui dalam masa terdekat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia