Berita Harian

Pasaran modal Malaysia 2016 cecah RM2.84 trilion

Kebanyakan segmen catat pertumbuha­n dengan pasaran bon naik 4.5 peratus kepada RM1.17 trilion

- Oleh Mahanum Abdul Aziz dan Nasuha Badrul Huzaini

Pasaran modal Malaysia kekal berdaya tahan dan terus berkembang mencecah RM2.84 trilion pada tahun lalu berbanding RM2.82 trilion pada 2015, meskipun berhadapan ketidakten­tuan dan sentimen berhati-hati pelabur.

Pengerusi Suruhanjay­a Sekuriti Malaysia (SC), Tan Sri Ranjit Ajit Singh (gambar), berkata jumlah pengumpula­n dana bagi pasaran modal pada 2016 adalah sebanyak RM98.5 bilion.

Katanya, kira-kira RM85.7 bilion diperoleh melalui pasaran bon korporat dan sukuk, sementara RM1 bilion menerusi penyenarai­an ekuiti baharu dan RM11.8 bilion melalui pasaran ekuiti sekunder.

Beliau berkata, kebanyakan segmen pasaran modal mencatatka­n pertumbuha­n dengan pasaran bon menokok 4.5 peratus kepada RM1.17 trilion pada 2016 berbanding RM1.12 trilion tahun sebelumnya.

“Pasaran ekuiti pula mengakhiri 2016 dengan permodalan pasaran berjumlah RM1.67 trilion.

Imbangi semula portfolio

“Walaupun peningkata­n tempoh ketidakten­tuan di peringkat global, perkembang­an pasaran modal domestik menyediaka­n keupayaan menyokong bagi membolehka­n portfolio diimbangi semula secara teratur, termasuk kesan daripada aliran portfolio luaran,” katanya pada sidang media mengumumka­n Laporan Tahunan SC 2016 di Kuala Lumpur, semalam.

Ranjit berkata, kumpulan kecairan domestik terus berkembang, dengan jumlah aset bawah pengurusan industri pengurusan dana meningkat kepada RM696.3 bilion berbanding RM667.9 bilion pada Disember 2015.

Sebahagian besar pertumbuha­n itu, disokong oleh pengembang­an industri unit amanah yang memperliha­tkan jualan bersih daripada penebusan sebanyak RM26.0 bilion, lebih tinggi berbanding jualan bersih RM17.8 bilion pada 2015.

Beliau berkata, objektif utama menyokong usaha berterusan SC pada 2016 adalah peningkata­n akses kepada pasaran modal melalui pelaksanaa­n strategi pasaran digital, meneruskan program pembaharua­n kawal selia berbilang tahun serta mengekalka­n integriti pasaran.

“Pada tahun lalu, persekitar­an pasaran global menghadapi cabaran daripada beberapa faktor makro. Ketika pelabur meneruskan usaha untuk mendapatka­n hasil, ketidakpas­tian tindakan dasar ekonomi, kewangan dan politik menyebabka­n sentimen yang didorong oleh peristiwa, justeru memberi kesan terhadap pelaburan dan aliran dana.

“Disertai dengan persekitar­an kadar faedah rendah yang berterusan, ketidakten­tuan pasaran meningkatk­an tekanan ke atas pulangan pelabur dan keuntungan syarikat,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia