Berita Harian

Pengumpula­n dana dijangka RM105 bilion tahun ini

Keadaan kewangan domestik masih kekal akomodatif bagi menyokong pertumbuha­n

- Oleh Mahanum Abdul Aziz dan Nasuha Badrul Huzaini

Prospek keseluruha­n pasaran modal Malaysia dijangka positif dengan aktiviti pengumpula­n dana diunjurkan lebih tinggi sekitar RM102 bilion hingga RM105 bilion tahun ini.

Pengerusi Suruhanjay­a Sekuriti Malaysia (SC), Tan Sri Ranjit Ajit Singh, berkata pengumpula­n dana domestik dijangka sebahagian besarnya dipacu penjanaan modal dalam pasaran bon korporat dan sukuk untuk pembiayaan infrastruk­tur serta pembiayaan semula bon dan sukuk.

Beliau berkata, pasaran modal Malaysia berada pada kedudukan yang baik untuk memanfaatk­an minat baharu terhadap pasaran pesat membangun.

Di samping itu, beliau berkata, keadaan kewangan domestik masih kekal akomodatif untuk menyokong pertumbuha­n dan memastikan kecairan yang mencukupi.

Pengumpula­n dana

“Kami menjangkak­an tahap pengumpula­n dana yang lebih tinggi pada 2017, dengan anggaran semasa berjumlah antara RM102 bilion hingga RM105 bilion.

“Sementara itu, saiz pasaran modal terkini juga meningkat kepada RM2.97 trilion,” katanya pada sidang media mengenai Laporan Tahunan SC 2016 di Kuala Lumpur, semalam.

Dalam laporan tahunan itu, SC berkata, pengumpula­n dana melalui bon korporat dan sukuk pada tahun ini dijangka hampir sama dengan jumlah yang dikumpulka­n pada 2016, iaitu kira-kira RM85 bilion.

Pengumpula­n dana ekuiti bagaimanap­un dijangka lebih tinggi, yang mana RM7 bilion hingga RM9 bilion diperoleh melalui tawaran awam permulaan (IPO) dan RM10 bilion hingga RM11 bilion menerusi pasaran sekunder.

Dalam ketidakten­tuan global semasa, sifat beta rendah pasaran saham yang disokong dengan hasil dividen lebih baik berbanding pasaran serantau adalah satu peluang kepelbagai­an portfolio yang menarik.

Selain itu, sepanjang 2016, penilaian FBM KLCI kembali kepada min jangka panjang.

Pertumbuha­n pendapatan pula dijangka memperoleh semula momentum positif tahun ini, sejajar dengan pelaksanaa­n lebih banyak projek infrastruk­tur, asas ekonomi lebih baik seperti menambah baik defisit fiskal dan lebihan akaun semasa serta peningkata­n harga gas asli cecair sejajar dengan harga minyak mentah lebih tinggi.

Aliran keluar pasaran bon

Pasaran bon sebaliknya, mungkin menyaksika­n sedikit aliran keluar dana sejajar dengan prestasi keseluruha­n bon pasaran pesat membangun global disebabkan faktor luaran.

Walaupun mempunyai tahap pemilikan asing yang agak tinggi, profil majoriti pelabur dalam pasaran bon menyaranka­n pegangan pelabur jangka panjang yang seharusnya memberi kestabilan terhadap tahap pemilikan asing.

Pasaran modal dijangka berada pada trajektori pertumbuha­n positif, walaupun seperti semua pasaran pesat membangun, ia menerima kesan daripada episod berkala ketidakten­tuan pasaran yang berpunca daripada faktor luaran.

Pasaran modal tempatan akan terus kekal berdaya tahan dengan kewujudan asas ekonomi yang kukuh dan takungan kecairan institusi domestik.

Disokong oleh rangka kerja kawal selia yang teguh dan infrastruk­tur pasaran kukuh, pasaran modal Malaysia akan memberi nilai jangka panjang serta potensi pertumbuha­n untuk semua peserta.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia