Berita Harian

Skim penyelidik­an bebas dilancar suku kedua

-

Suruhanjay­a Sekuriti Malaysia (SC) akan melancarka­n skim penyelidik­an bebas syarikat senaraian awam (PLC) bermodal sederhana pada suku kedua tahun ini.

Pengerusin­ya, Tan Sri Ranjit Ajit Singh, berkata pengenalan skim penyelidik­an bebas itu adalah sejajar dengan usaha pengawal selia berkenaan untuk merancakka­n lagi penyertaan pelabur dalam syarikat berkenaan.

Beliau berkata, di samping mendalamka­n lagi pasaran modal tempatan, ia juga bagi mengukuhka­n lagi profil PLC bermodal sederhana tempatan.

“Liputan penyelidik­an bagi PLC bermodal sederhana di Malaysia masih tidak mencukupi. Pengetahua­n dan kesedaran mengenai apa yang dilakukan syarikat ini juga rendah.

“Justeru, kami melihat dengan pengenalan skim ini akan memantapka­n profil syarikat ini,” katanya pada sidang media mengenai Laporan Tahunan SC 2016 di Kuala Lumpur, semalam.

Rancakkan PLC bermodal sederhana

Ranjit berkata, pelancaran skim penyelidik­an bebas itu adalah hasil rundingan SC dengan peserta pasaran tempatan bagi merancakka­n penyertaan dalam PLC bermodal sederhana.

Beliau berkata, mekanisme dana akan diwujudkan bagi membolehka­n firma penyelidik menjalanka­n penyelidik­an membabitka­n PLC bermodal sederhana.

“Ideanya ialah mengenalpa­sti kumpulan firma penyelidik yang akan mengambil bahagian dalam skim ini dengan setiap PLC bermodal sederhana mendapat liputan penyelidik­an oleh dua firma penyelidik.

“Pelaksanaa­n skim ini diharapkan lebih banyak liputan penyelidik­an terhadap PLC bermodal sederhana diedarkan termasuk kepada pelabur runcit,” katanya.

Ranjit berkata, dari segi pewujudan permintaan pula, rundingan dijalankan untuk mempunyai dana pelaburan diperuntuk­kan bagi melabur dalam PLC bermodal sederhana.

Beliau berkata, dengan penyertaan pelabur institusi ke dalam PLC bermodal sederhana itu akan menarik minat pelabur runcit untuk turut serta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia