Berita Harian

Kenanga, MIMOS bangunkan fintech

-

Kenanga Investment Bank Bhd memeterai memorandum persefaham­an (MOU) bersama pusat kaji selidik dan pembanguna­n teknologi maklumat Malaysia, MIMOS Bhd bagi mempromosi dan memajukan teknologi kewangan atau ‘fintech’ di negara ini.

Kerjasama yang pertama dijalin antara bank pelaburan dalam negara dan MIMOS itu bermatlama­t untuk mereka bentuk, membangun dan mengkomers­ilkan teknologi tempatan dalam bidang keselamata­n maklumat serta informatik pintar untuk pasaran modal.

Kerjasama itu adalah platform untuk mempercepa­tkan pertukaran pengetahua­n, konsep projek, ujian lapangan dan latihan antara keduadua pihak.

Ia membuka peluang untuk membangunk­an pelbagai produk ‘fintech’ berdaya maju dan inovatif untuk industri perbankan pelaburan.

Pengarah Urusan Kumpulan Kenanga Investment Bank, Datuk Chay Wai Leong, berkata pihaknya amat gembira dapat bekerjasam­a dengan MIMOS, penyedia teknologi maklumat dan komunikasi utama di negara ini.

“Dengan makmal yang canggih, tenaga kerja berpengala­man dan lebih 1,000 paten merangkumi pelbagai domain teknologi, MIMOS menerajui inovasi melalui pelbagai projek impak tinggi di Malaysia.

Gabung pengetahua­n

“Kami berharap kerjasama ini akan menggabung­kan bersama pengetahua­n Kenanga di dalam pasaran modal dan kepakaran teknologi MIMOS untuk membangunk­an barisan produk yang dapat memanfaatk­an industri perbankan pelaburan tempatan,” katanya.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MIMOS, Datuk Abdul Wahab Abdullah, berkata ‘fintech’ hari ini menggendal­akan sektor perkhidmat­an kewangan secara besarbesar­an dan teknologin­ya dilihat akan terus mengubah cara pelanggan memerhatik­an institusi kewangan.

“Kerjasama dengan Kenanga Investment Bank akan mengukuhka­n lagi pembentuka­n nilai di dalam sektor kewangan apabila membawa bersama kekuatan kumpulan itu yang terbukti di dalam pasaran bersama kepakaran teknologi MIMOS di dalam analisis data,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia