Berita Harian

IPO EWI dijangka jana modal RM2.6B

Syarikat tawar RM1.20 sesaham sempena penyenarai­an di Papan Utama Bursa Malaysia

- Oleh Alzahrin Alias

harga RM1.20 sesaham membabitka­n 2.153 bilion saham baharu.

408 juta tawaran runcit

Daripada jumlah itu, 408 juta atau 17 peratus diperuntuk­kan kepada tawaran runcit dengan 240 juta saham untuk pemegang saham Eco World Developmen­t Group Bhd, 120 juta unit untuk pengarah, pekerja dan perniagaan bersekutu yang layak dan 48 juta saham untuk orang awam.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Teow Leong Seng, berkata untuk tawaran institusi pula, antara pelabur utama adalah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Persaraan Diperbadan­kan (KWAP) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB).

“Tiga institusi ini bersetuju melanggan 212.4 juta saham IPO yang mewakili 47 peratus daripada saham IPO yang diperuntuk­kan untuk tawaran institusi.

“Kami telah menandatan­gani perjanjian langganan saham dengan Guocoland Ltd untuk menjual 27 peratus kepentinga­n strategik dalam modal terbitan dan modal berbayar yang dibesarkan EWI.

“Harga tawaran institusi dijangka dalam lingkungan RM1.15 dan RM1.20 sesaham,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran prospektus EWI di Kuala Lumpur, semalam.

Yang turut hadir Pengerusi EWI, Tan Sri Azlan Mohd Zainol dan Naib Pengerusi Eksekutif EWI, Tan Sri Liew Kee Sin.

Teow Leong berkata, sebahagian besar dana yang bakal dijana iaitu sebanyak RM1.37 bilion atau 52.9 peratus, akan digunakan untuk membayar balik hutang dalam tempoh enam bulan.

Beliau berkata, sebanyak RM1.13 bilion atau 43.6 peratus pula akan digunakan untuk modal kerja atau pengambila­n tanah baharu.

 ?? [FOTO HALIM SALLEH/BH] ?? Dari kiri, Kee Sin, Azlan dan Leong Seng pada majlis pelancaran prospektus EWI di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO HALIM SALLEH/BH] Dari kiri, Kee Sin, Azlan dan Leong Seng pada majlis pelancaran prospektus EWI di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia