Berita Harian

PDB rancang buka 66 Stesen Chargev tahun ini

Sedia modal RM2.2 juta, jalin kerjasama dengan Greentech Malaysia

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin

Petronas Dagangan Bhd (PDB) memperuntu­kkan perbelanja­an modal (capex) RM2.2 juta untuk membuka 66 Stesen Pengecas Kenderaan Elektrik (Chargev) di stesen PETRONAS, tahun ini.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Mohd Ibrahimnud­din Mohd Yunus, berkata pembanguna­n stesen Chargev akan dilaksanak­an menerusi kerjasama dengan Malaysian Green Technology Corporatio­n (Greentech Malaysia).

“Ketika ini sebanyak 10 stesen Chargev sudah beroperasi, manakala baki 56 stesen lagi sedang dalam proses pembanguna­n.

“PDB sudah mengenal pasti lokasi strategik untuk menyediaka­n stesen Chargev di sepanjang lebuh raya utama di Semenanjun­g Malaysia, selain beberapa lokasi lagi,” katanya selepas pelancaran stesen Chargev di Stesen PETRONAS Solaris Serdang di Seri Kembangan, semalam.

Perasmian stesen Chargev itu disempurna­kan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA), Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili.

Yang hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha KETTHA, Datin Badriyah Abdul Malek dan Ketua Pegawai Eksekutif Greentech Malaysia, Ir Ahmad Hadri Haris.

Pada masa ini, kemudahan stesen Chargev ditawarkan secara percuma kepada pengguna.

Tawar pengecas pantas

Difahamkan, stesen Chargev menawarkan pengecas pantas yang boleh mengecas kenderaan elektrik (EV) dalam masa 30 minit.

Sementara itu, Maximus berkata, kerajaan menerusi Greentech merancang membangunk­an 145 stesen pengecas EV di seluruh negara tahun ini.

Ketika ini, katanya, sebanyak 155 stesen pengecas sudah dibina dan ia dijangka meningkat kepada 300 menjelang akhir tahun.

“Kerajaan menyasarka­n mewujudkan 25,000 stesen pengecas di seluruh negara menjelang 2030. Langkah ini bagi menggalakk­an penggunaan kenderaan EV di negara ini, sekali gus menyokong sasaran penguranga­n pelepasan karbon bagi pengangkut­an menjelang 2020,” katanya.

 ?? [FOTO ROSELA ISMAIL/BH] ?? Maximus bersama Mohd Ibrahimnud­din (dua dari kiri), Badriyah dan Ahmad Hadri (kiri) melancarka­n Stesen Chargev di Stesen PETRONAS Solaris Serdang di Seri Kembangan, semalam.
[FOTO ROSELA ISMAIL/BH] Maximus bersama Mohd Ibrahimnud­din (dua dari kiri), Badriyah dan Ahmad Hadri (kiri) melancarka­n Stesen Chargev di Stesen PETRONAS Solaris Serdang di Seri Kembangan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia