Berita Harian

Terminal Kargo KTMB Padang Besar diperbesar

Fasiliti mampu lonjak potensi pelaburan serta limpahan ekonomi

- Oleh Muhammad Mustakim Ramli

Fasiliti Terminal Kargo Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) di Padang Besar yang kini melalui projek pembesaran membabitka­n kos RM23.5 juta mampu melonjak potensi pelaburan serta limpahan ekonomi khususnya melalui sektor logistik di Perlis.

Melalui projek kendalian Pihak Berkuasa Pelaksanaa­n Koridor Utara (NCIA) itu, kapasiti pengendali­an kargo di terminal paling utara di Semenanjun­g itu mampu dipertingk­atkan antara 150,000 hingga 200,000 TEU (unit bersamaan 20 kaki) setahun, berbanding hanya 120,000 TEU sebelum ini.

Ketua Eksekutif NCIA, Datuk Redza Rafiq, berkata pelaksanaa­n projek yang dijangka selesai Mac 2018 itu dianggap penting untuk mengatasi isu kepadatan sedia ada di kawasan sempadan Malaysiath­ailand itu yang menjadi sebahagian daripada laluan masuk kepada 67 peratus hasil eksport Selatan Thailand ke wilayah koridor utara di negara itu.

“Multimodal Freight Sdn Bhd (MMF) selaku operator terminal di sini, merekodkan pergerakan masuk 115,877 TEU kargo pada 2016 dari Selatan Thailand dan kita percaya masih ada ruang untuk potensi pengembang­an di situ.

“Kapasiti sedia ada ketika ini hanya empat perjalanan sehari dengan 45 gerabak bagi setiap perjalanan daripada Padang Besar ke Terminal Kontena Butterwort­h Utara (NBCT) dan sebaik projek ini siap, kita jangkakan berlaku pertambaha­n kepada lima perjalanan sehari dengan kapasiti 50 gerabak setiap satu,” katanya.

Naik taraf

Beliau berkata demikian ketika ditemui sempena pelancaran Program Integrasi Logistik serta Projek Pembesaran Fasiliti Terminal Kargo KTMB di Padang Besar, yang disempurna­kan Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man.

Yang turut hadir ialah Pengerusi KTMB, Datuk Ir Nawawi Ahmad.

Berdasarka­n perancanga­n, projek berkenaan meliputi penyediaan bangunan pejabat dan naik taraf laman kontena serta landasan keretapi bagi seksyen kargo dan laluan lori kontena, sekali gus menyokong sistem hubungan pengangkut­an dan logistik sedia ada yang menghubung­kan lokasi tumpuan aktiviti komersial utama.

Redza berkata, pihaknya positif projek berkenaan mampu melonjak strategi kerajaan khususnya di wilayah utara dalam konteks pembanguna­n ekonomi, yang turut memfokuska­n kepada pengukuhan dan penjanaan ekonomi rakyat.

“Kita harap ia bukan sekadar membantu meningkatk­an pergerakan masuk dari Selatan Thailand semata-mata, malah turut menarik lebih banyak sektor swasta untuk melabur di utara,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk Azman Mahmud, berkata pembanguna­n infrastruk­tur secara berterusan akan meletakkan Perlis pada kedudukan baik sebagai negeri yang menawarkan pelbagai peluang perniagaan dan MIDA berusaha memperkasa keupayaan pembekal perkhidmat­an logistik melalui pen-

 ?? [ FOTO AZHAR RAMLI/BH ] ?? Azlan (tiga dari kanan) diiringi Redza (dua dari kanan), Nawawi (tiga dari kiri) dan Azman (kanan) melihat replika projek pembesaran Fasiliti Terminal Kargo KTMB pada pelancaran­nya di Padang Besar, semalam.
[ FOTO AZHAR RAMLI/BH ] Azlan (tiga dari kanan) diiringi Redza (dua dari kanan), Nawawi (tiga dari kiri) dan Azman (kanan) melihat replika projek pembesaran Fasiliti Terminal Kargo KTMB pada pelancaran­nya di Padang Besar, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia