Berita Harian

PUNB sasar salur pembiayaan RM200 juta tahun ini

-

Perbadanan Usahawan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) menyasar menyalurka­n sehingga RM200 juta pembiayaan kepada 400 usahawan tahun ini.

Pengerusin­ya, Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata, tumpuan akan diberikan kepada usahawan dalam bidang berteknolo­gi tinggi.

“PUNB masih memberi pembiayaan kepada syarikat dalam kategori perusahaan kecil dan sederhana (PKS) namun, kami akan memberi lebih tumpuan kepada syarikat bersaiz sederhana dan besar.

“Ini kerana tidak banyak syarikat Bumiputera yang menembusi segmen seumpama ini dan menjadi sebahagian tanggungja­wab PUNB untuk membantu mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan kilang baharu Hijrah Aluminium Sdn Bhd (HASB) di Taman Perindustr­ian Tasik Perdana Puchong, di sini, semalam.

Yang hadir sama, Pengarah Eksekutif HASB, Ruzaimah A Rahim dan Ketua Pegawai Eksekutif PUNB, Datuk Dzulkifli Fadzilah.

Terkini, PUNB sudah meluluskan pembiayaan keseluruha­n RM2.579 bilion kepada 8,779 usahawan Bumiputera sehingga 28 Februari 2017, membabitka­n 6,194 syarikat.

Bagi tempoh dua bulan pertama 2017 saja sebanyak 36 pembiayaan diluluskan bernilai RM14.35 juta membabitka­n 48 usahawan.

Mohd Ali, berkata bagi tempoh sehingga 28 Februari, seramai 783 usahawan di bawah Skim Perusahaan Kecil dan Sederhana (Skim PKS) berjaya dilahirkan membabitka­n 307 syarikat PKS dengan pembiayaan perniagaan berjumlah RM853.77 juta.

“Daripada jumlah itu, PUNB sudah meluluskan pembiayaan RM395.89 juta kepada 150 syarikat membabitka­n seramai 411 usahawan di negeri Selangor,” katanya.

Beliau berkata, di bawah Skim PROSPER Pemborong pula, pemberian pembiayaan sebanyak RM 725.80 juta kepada 317 syarikat telah diluluskan setakat 28 Februari tahun ini di seluruh negara membabitka­n pembanguna­n 673 usahawan.

Di Negeri Selangor sendiri, katanya seramai 227 usahawan sudah menerima pembiayaan sebanyak RM246.56 juta membabitka­n 111 syarikat di bawah skim itu.

Beliau berkata, Skim PROSPER Runcit yang dilancarka­n pada 2000 pula mencatatka­n jumlah kelulusan sebanyak RM731.84 juta kepada 3,428 syarikat membabitka­n pembanguna­n seramai 4,879 usahawan runcit seluruh negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia