Berita Harian

Bursa ditutup rendah seharian

Ketidakten­tuan cadangan naik kadar faedah oleh AS beri kesan

- ULASAN PASARAN

Bursa Malaysia ditutup rendah seharian susulan ketidakten­tuan cadangan menaikkan kadar faedah oleh Rizab Persekutua­n Amerika Syarikat (AS), kata peniaga.

Penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup 8.12 mata rendah kepada 1,717.42 berbanding 1,725.54 pada Rabu.

Indeks dibuka 2.33 mata lebih rendah kepada 1,723.21 dan bergerak antara 1,717.42 dan 1,724.4 di sepanjang hari.

Kedudukan pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 558 berbanding 345, dengan 359 kaunter tidak berubah, 441 tidak diiniagaka­n dan 15 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.35 bilion unit bernilai RM2.46 bilion berbanding 3.07 bilion unit bernilai RM2.44 bilion sebelumnya.

Penganalis­is FXTM Research, Lukman Otunuga, berkata saham Asia semalam bercampur-campur dalam dagangan awal Khamis susulan petunjuk lemah semalaman di Wall Street selain harga komoditi yang rendah.

“Dengan peserta mengguna pakai pendekatan berhati-hati menjelang mesyuarat Bank Pusat Eropah tengah hari ini (semalam), pasaran Eropah mungkin terdedah kepada risiko aliran menurun.

“Prospek kadar faedah AS yang dijangkaka­n meningkat, sudah menjejaska­n sentimen pelabur dan boleh diterjemah­kan kepada tekanan menurun di Wall Street.

“Walaupun rali pasaran saham yang bertahan dengan baik, risiko penurunan mungkin berlaku jika pelabur mula hilang kesabaran terhadap pelan rangsangan fiskal Trump,” kata Otunuga.

Sementara itu, Indeks FBM Emas susut 64.22 mata kepada 12,134.45, Indeks FBMT100 turun 65.7 mata kepada 11,804.17 dan Indeks FBM Emas Syariah susut 67 mata kepada 12,550.4.

FBM 70 turun 116.07 mata kepada 14,131.14 dan FBM Ace turun 11.62 mata kepada 5,327.68.

Mengikut sektor, Indeks Perladanga­n turun 15.39 mata kepada 8,084.66, Indeks Kewangan susut 88.43 mata kepada 15,402.47 manakala Indeks Perusahaan turun 13.38 mata kepada 3,237.53.

Antara saham wajaran tinggi, TNB meningkat empat sen kepada RM13.74, Maxis dan CIMB meningkat satu mata kepada RM6.41 dan RM5.38, manakala Maybank susut 10 sen kepad RM8.73, Public Bank merosot 12 sen kepada RM19.80, dan Petronas Chemicals susut tujuh sen kepada RM7.37.

Bagi saham aktif, Iskandar Waterfront City meningkat 12 sen kepada RM1.76, Frontken menokok setengah sen kepada 24.5 sen, manakala DBE Gurney dan Dagang Nexchange masing-masing kekal pada empat sen dan 40.5 sen.

Sementara itu, Hibiscus Petroleum susut 1.5 sen kepada 45.5 sen dan Bumi Armada turun 1.5 sen kepada 72 sen. Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 2.67 bilion unit bernilai RM2.34 bilion berbanding 2.17 bilion unit bernilai RM2.3 bilion pada Rabu. Jumlah dagangan di Pasaran ACE susut kepada 444.33 juta saham bernilai RM89.75 juta berbanding 621.97 juta saham bernilai RM101.04 juta kelmarin.

Waran merosot kepada 224.86 juta unit bernilai RM29.79 juta berbanding 273.1 juta unit bernilai RM36.85 juta pada Rabu.

Barangan pengguna menyumbang sejumlah 734.96 juta saham yang didagangka­n di Pasaran Utama, barangan perusahaan (456.4 juta), pembinaan (235.18 juta), perdaganga­n dan perkhidmat­an (687.87 juta), teknologi (85.61 juta), infrastruk­tur (6.7 juta), SPAC (7.72 juta), kewangan (83.14 juta), hotel (1.62 juta), hartanah (346.34 juta), perladanga­n (19.89 juta), perlombong­an (10,000), REIT (10.81 juta), dan dana tertutup (100,500).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia