Berita Harian

Laporan Wall Street jejas pasaran saham

- SAHAM ASIA

Saham firma tenaga menerajui penjualan besar-besaran dalam pasaran Asia semalam, berikutan penurunan lima peratus harga minyak.

Bagaimanap­un, dolar mengekalka­n kenaikanny­a selepas laporan inventori minyak Amerika Syarikat (AS) yang mengejutka­n.

Wall Street mengalami satu lagi kerugian selepas satu laporan yang dipantau rapi menunjukka­n lonjakan mengejutka­n inventori minyak AS, sekali gus membangkit­kan semula kebimbanga­n terhadap lambakan bekalan global yang menjejaska­n pasaran minyak mentah sejak pertengaha­n 2014.

Jabatan Tenaga mendedahka­n penambahan lapan juta tong bekalan sepanjang minggu lalu, empat kali ganda daripada jangkaan, disebabkan pengeluara­n domestik lebih tinggi serta simpanan bertambah.

Berita itu menjejaska­n sama sekali pasaran minyak, dengan kedua-dua kontrak menjunam lebih daripada lima peratus ke paras terendah yang tidak pernah disaksikan sejak akhir tahun lalu.

Penganalis­is pasaran kanan OANDA, Jeffrey Halley, berkata laporan itu menjadi pencetus kepada perkara yang lebih besar dengan kebimbanga­n sudah pun menyelubun­gi bahawa Russia tidak berusaha bersungguh-sungguh dengan pemotongan pengeluara­n yang dipersetuj­ui negara Pertubuhan Negara Pengekspor­t Petroleum (OPEC) dan bukan OPEC, November lalu.

Ketua Ahli Strategi Pasaran Axitrader, Greg Mckenna, berkata kegelisaha­n semakin meningkat memandangk­an beban yang terlalu besar digalas oleh negara OPEC, khususnya pengekspor­t terbesarny­a, Arab Saudi.

Perkembang­an itu menjejaska­n pasaran Asia, dengan Hong Kong jatuh 1.2 peratus manakala Shanghai kehilangan 0.7 peratus pada penutup dagangan.

 ?? [ FOTO AP ] ?? Seorang lelaki memerhatik­an papan saham elektronik firma sekuriti di Tokyo, semalam.
[ FOTO AP ] Seorang lelaki memerhatik­an papan saham elektronik firma sekuriti di Tokyo, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia