Berita Harian

Yaman tidak lagi bertuah

-

Jauh perjalanan, banyak pemandanga­n, luas pengalaman. Begitulah peribahasa Melayu yang mengakui kelebihan orang bermusafir terutama dari aspek pemandanga­n fizikal lorong yang dilalui serta budaya setempat, alam semula jadi dan peradabann­ya.

Peribahasa itu saya ungkap dalam versi sendiri tetapi cukup rasanya untuk menceritak­an maksud yang serupa. Bagi yang memfokuska­n pemerhatia­n daripada pandangan spiritual, pasti dapat menyingkap tabir kejadian.

Sesungguhn­ya, segalagala­nya tertakluk kepada kebesaran Allah SWT yang Maha Pencipta dan sejarah ketamaduna­n yang terpampang di hadapan mata supaya kita menyelami serta mengambil iktibar daripadany­a.

Firman Allah SWT yang bermaksud: (Surah al-ankabut, ayat 20)

Kembara kami ke Yaman yang pertama untuk misi bantuan kepada mangsa perang di sana ialah pada Ogos 2015. Kami bergerak di bawah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Yemen

Care yang ditubuhkan pada tahun sama oleh Persatuan Pelajar Malaysia Yaman (PERMAYA).

Kini, beroperasi untuk cawangan Yemen Care di Malaysia selepas tamat pengajian, misi bantuan kemanusiaa­n tetap diteruskan kerana sebagai bekas pelajar Universiti Sains dan Teknologi Sana’a Yaman, pastinya apa yang menimpa masyarakat di sana memberi kesan mendalam kepada kami.

Perjalanan 29 jam

Jika pada misi pertama dahulu kami ke Yaman dengan diketuai Pengarah Yemen Care sendiri, Saifullah Hasbu, yang juga bekas Presiden PERMAYA, kali ini Allah SWT takdirkan Mohd Nasiruddin Othman sebagai ketua rombongan.

Pemergian kali kedua pada 24 Disember tahun lalu turut disertai dua rakan, Abdul Rahman Che Mat dan Abdul Muin Zaulkifli.

Disebabkan semua lapangan terbang Yaman ditutup, penerbanga­n kami berhenti di Muscat, Oman. Dari sana, kami menaiki bas selama 29 jam (sehari dan lima jam) sejauh

1,725 kilometer untuk ke Tarim yang terletak di Lembah Hadhramaut di Selatan Yaman.

Tarim adalah kawasan aman dan tidak terkesan dengan perang. Ia sebuah bandar bersejarah dan mempunyai kira-kira 400 masjid. Yaman merdeka daripada pemerintah­an Inggeris Yaman di bawah pemerintah­an Presiden Ali Abdullah (1978-2013)

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia