Berita Harian

PUPUK SIFAT SABAR

Nurul Auni dapat ketenangan sertai aktiviti memancing

-

Sekali imbas, tiada kelihatan sebarang tanda gadis ini adalah seorang yang lasak dan meminati aktiviti memancing.

Namun, apabila dihampiri, Nurul Auni Dayana Ramdan memberitah­u, beliau sudah terbabit dengan aktiviti ini lebih dua tahun.

Dalam tempoh itu,

Nurul Auni bukan saja memancing di sungai atau tasik, malahan pernah menyertai aktiviti ini di lautan.

Bagi gadis ini, pembabitan­nya dalam aktiviti memancing bukan hanya untuk mengisi masa lapang, sebaliknya baik untuk kesihatan diri seseorang kerana ia kurang memberi tekanan sama ada dari segi mental ataupun fizikal.

Anak sulung daripada tujuh beradik itu berkata, aktiviti memancing juga boleh mengajar seseorang untuk belajar bersabar, tenang dan bersyukur dengan apa yang telah ditentukan

Allah kepadanya.

Memupuk sifat sabar

Dilahirkan di Gerik, Perak dan dibesarkan di Rawang, Selangor, Nurul Auni mengakui sejak memulakan aktiviti memancing pada tahun 2015, beliau berasakan ia sebenarnya bagus untuk kesihatan.

Katanya, memancing juga mampu menjadi ruang untuk menyatupad­ukan komuniti kaki pancing daripada pelbagai kaum dan agama di negara ini.

“Bagi saya, memancing bukan hanya sekadar hobi, malah menjadi ruang untuk saya mengenali budaya dan bangsa berlainan.

“Memancing juga bukan sekadar keseronoka­n mendaratka­n ikan, juga mampu menguji mental dan fizikal, selain dapat memupuk sifat sabar dan nilai tambah yang lain,” katanya yang pernah menetap di Kampung Bum Bum, Sabah.

Terasa kedamaian

Nurul Auni berkata, memancing bersama rakan menjadikan aktiviti itu lebih menyeronok­kan dan pada masa sama, dapat berkongsi ilmu serta pengalaman, selain peluang mempelajar­i budaya bangsa lain.

Katanya, setiap kali memancing, beliau dapat rasakan satu ketenangan yang sukar digambarka­n.

“Melihat air dan keindahan alam semula jadi sudah cukup berikan kedamaian,” katanya.

Beliau berkata, biarpun ada waktunya kepulangan pemancing tanpa sebarang hasil tangkapan, namun ia beri kesan kepada jiwa seorang pemancing sejati.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia