Berita Harian

‘Wanita tua’ cuba alih tumpuan pemandu van

-

Pesanan daripada kakaknya yang mengatakan nenek sedang nazak yang diterima menerusi Whatsapp, membuatkan Zaidi serba salah, sama ada untuk meneruskan perjalanan ke Bakun atau berpatah balik ke Bintulu.

Dia akhirnya memutuskan untuk berpatah balik ke Bintulu tetapi menghadapi masalah pengangkut­an kerana bukan mudah untuk mendapat kenderaan, apa lagi pada waktu malam.

Dalam keadaan gelisah itu, Zaidi menemui Kak Leha pemilik gerai itu, untuk bertanya sama ada, terdapat pemilik kenderaan di kawasan berkenaan yang boleh menghantar­nya pulang ke Bintulu.

Kak Leha kemudian memandang ke arah meja pelanggan yang sedang makan di gerainya dan memanggil seorang lelaki yang sedang minum sambil makan roti bakar.

“Ini Wahid Bujang, pemandu van sapu dari kawasan ini ke Bintulu awak berdua berundingl­ah dulu,” kata Kak Leha.

Terpaksa batalkan perjalanan

Selepas mendengar cerita Zaidi, Wahid bersetuju untuk menghantar­nya ke Bintulu.

Dengan wajah sedih Zaidi memberitah­u empat rakan masalah yang sedang dihadapiny­a

“Saya minta maaf, tidak dapat ikut trip memburu empurau emas kali ini.

“Kena balik segera ke Bintulu, nenek saya sedang nazak. Awak teruskan saja ke Bakun. Tekong bot mungkin sedang menunggu di jeti,” katanya.

Perancanga­n untuk memancing ikan paling mahal di dunia itu, yang boleh mencecah RM2,000 satu kilogram itu, sudah empat kali ditunda kerana sukar mendapat bot memancing.

Jalan semakin gelap

Selepas 20 minit van bergerak meninggalk­an gerai makan, macammacam cerita dibualkan oleh Zaidi dan Wahid.

Apabila sampai di satu selekoh tajam, kelihatan seorang perempuan berbaju kurung kelabu cuba menahan van.

Wahid tidak berhenti dan terus memandu ke arah Bintulu.

Zaidi hanya diam kerana khuatir mengganggu tumpuan Wahid kerana jalan di situ terlalu gelap. Sepanjang perjalanan tidak ada sebuah pun kenderaan ditemui.

Jam dalam van itu menunjukka­n 10 malam. Kelajuan van hanya 60 kilometer sejam. Tiba-tiba, Zaidi sekali lagi melihat seorang perempuan tua berbaju kelabu dan berpayung hitam cuba menahan van mereka.

“Eh! ada lagi orang perempuan nak tumpang pergi Bintulu,” kata

Zaidi dalam hati.

Laungkan azan

Wahid hanya diam dan seolah-olah tidak nampak perempuan itu.

Selang 10 minit mereka tiba di satu simpang empat, tiba-tiba kelihatan seorang perempuan berjubah melambai tangan ke arah kereta. Zaidi berasa tidak sedap hati dan mula membaca al-fatihah dan beberapa potongan surah pendek termasuk ayat Kursi.

Ketika melalui simpang empat, Wahid tiba-tiba memberhent­ikan van. Dia kemudian melaungkan azan.

Selepas itu, Wahid meneruskan perjalanan hingga ke bandar Bintulu dan terus ke rumah nenek Zaidi. Mereka sampai kira-kira jam 11.30 malam dan kelihatan banyak kenderaan di rumah neneknya.

Baru nampak jalan

Menurut kakaknya, nenek sedang lena tidur, namun beberapa anak dan cucunya membaca Yasin.

Zaidi mengajak Wahid singgah dan tidur di rumah itu. Pada mulanya, Wahid enggan, tetapi selepasnya ayah dan abang Zaidi bersungguh­sungguh memujuk, akhirnya Wahid setuju.

Ketika minum, Wahid memberitah­u yang dia memang melihat kelibat semua ketigatiga wanita tua itu.

“Saya tiba-tiba berhenti kenderaan selepas melihat kelibat pada kali ketiga dan di hadapan jalan ada simpang empat, sedangkan sebenarnya jalan itu hanya sehala.

“Saya memang biasa dengan jalan dekat situ, kerana setiap hari berulang-alik di laluan sama. Selepas azan baru nampak jalan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia