Berita Harian

Enggan bercinta lama-lama

Amira Othman teringin naik pelamin apabila usia cecah 27 tahun

-

Penyanyi dan pelakon yang sedang mencipta nama di arena seni, Amira Othman, 24, mengaku beliau seorang yang kuat cemburu dan cerewet.

Bagaimanap­un, kata artis yang dikenali dengan lagu Jaga Jaga ini, cemburunya bukanlah sembaranga­n, sebaliknya bertempat.

Saat bercerita mengenai sifat dirinya dan lelaki yang perlu memahami, Amira juga percaya, sebagai seorang perempuan, beliau berhak mendapat perhatian istimewa dalam hidup golongan Adam.

Pernah intim dengan bekas anggota Azhael, Azhar, beberapa tahun lalu, beliau yang meledak dengan drama

tahun lalu, kini selesa menjalani hidup tanpa cinta. Malah, Amira berharap andai suatu hari beliau dipertemuk­an dengan Mr Right, dirinya tidak lagi mahu bercinta lamalama.

Kuat cemburu

“Memang boleh dikatakan saya seorang yang kuat juga sifat cemburunya. Namun cemburu saya bertempat. Jadi, lelaki kena faham dan sabar dengan emosi saya.

“Selepas putus pula, tiada istilah saya serik bercinta dengan artis lagi. Cuma, sesiapa pun yang dipertemuk­an dengan saya satu hari nanti, biarlah dia seseorang yang menghormat­i keluarga, terutama mama dan abah.

“Saya juga berharap, lelaki yang berjaya menambat hati saya nanti dapat meyakinkan diri ini, dia benarbenar bersungguh untuk memiliki saya,” katanya sambil berseloroh dirinya masih solo dan jika ada calon sesuai, mungkin penulis dapat memaklumka­n kepadanya.

Elak buang masa

Ditanya mengenai sasaran beliau untuk menamatkan zaman bujang, Amira berkata, dirinya bersedia untuk melangkah ke alam rumah tangga apabila usianya mencecah 27 atau 28 tahun.

“Kalau ada yang mahu serius dalam perhubunga­n dan samasama mengenali hati budi, kali ini saya tidak mahu berkawan lama. Saya takut kalau bercinta dalam tempoh lama, ia akan membuang masa saya dan lelaki itu saja. Saya tak mahu mengulangi hal sama ketika bercinta dulu,” kata penyanyi ini.

Mengenai sikap cerewet, Amira percaya beliau perlu membuat pilihan yang tepat dalam mencari pasangan hidup.

“Saya sendiri dilahirkan dalam keluarga yang mementingk­an silaturahi­m. Ikatan ukhuwah saya dengan keluarga sangat kuat. Jadi, saya mahu lelaki itu juga rapat dengan keluargany­a, begitu juga keluarga saya. Mencari calon suami bukanlah perkara yang dilakukan untuk sehari saja. Kita nak hidup dengan lelaki itu selamalama­nya, jadi memang kena cari yang terbaik,” katanya.

Cerewet pilih lagu

Amira turut mengakui dirinya juga cerewet dalam soal pemilihan lagu. Katanya, sebagai penyanyi, beliau amat mementingk­an melodi dalam sesebuah karya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia