Berita Harian

Tak cemburu kejayaan adik

-

“Saya sendiri cepat melekat dengan lagu yang mempunyai melodi, contohnya lagu seperti dan

Lagu lama ini cukup kaya dengan melodi. Begitupun, untuk mencari lagu sedemikian bukannya mudah, sebab itu, saya mengambil masa lama untuk tampil dengan single terbaharu,” katanya.

Bagi single keempat nanti, kata gadis manis ini, beliau bercadang menyanyika­n lagu balada.

“Sebelum ini, saya terarah kepada lagu muzik tari kerana genre itu tidak banyak diusahakan di negara kita,” katanya.

Rezeki menyebelah­i adik

Bercerita mengenai adik bongsunya, Irfan Haris, yang turut mengikut jejaknya sebagai penyanyi, Amira tumpang gembira dan jauh sekali cemburukan kejayaan dicapai remaja berkenaan. Irfan kini meletup dengan lagu Redha ciptaan Ippo Hafiz, yang juga runut bunyi drama

“Ippo tertarik untuk memberikan lagu kepadanya selepas saya kerap memuat naik video saya dan adik menyanyi di laman Instagram. Rezeki menyebelah­i adik untuk ke pasaran komersial. Sebelum itu, dia pernah menyertai pertanding­an seperti Ceria Pop Star dan Idola Kecil. Namun, tuahnya bukan menerusi pertanding­an berkenaan.

“Jadi lagu Redha itu menjadi pengubat dukanya yang beberapa kali gagal menyerlah dalam pertanding­an sedemikian. Malah, selepas dia meletup dengan karya ciptaan Ippo, saya juga berharap komposer itu sudi memberikan lagu untuk saya pula. Cuma ketika ini, saya dan Ippo belum sempat berjumpa untuk berbincang lanjut berhubung perkara itu,” katanya.

Tambah Amira lagi, bukan dirinya dan Irfan saja yang cenderung pada dunia seni, adikberadi­knya yang lain juga turut mempunyai minat sama.

“Biasalah, orang Johor kebanyakan­nya meminati muzik. Mak dan abah pun sukakan muzik. Pendek kata, kami sekeluarga berkongsi minat sama. Kalau balik Johor, riuh jadinya apabila kami sekeluarga dapat jamming samasama,” kata anak kedua daripada enam beradik itu.

Dapat sokongan ibu bapa

Amira mula bertapak di persada seni selepas menyertai Akademi Fantasia 2013. Selepas setahun bersama pengurusan

Astro, Amira mengatur langkahnya sendiri.

“Ketika awalawal dulu, saya memang bergelut sekejap. Iyalah, selepas bergerak sendiri, ia bukanlah laluan mudah. Namun saya bernasib baik kerana berkongsi pengurus yang sama dengan penyanyi Akim, iaitu Abang Lan. Dialah yang banyak membantu saya dalam dunia seni. Selain itu, sokongan mama dan abah juga menjadi azimat berharga.

“Single pertama saya,

Hati Hati juga hanya diterima selepas sembilan bulan dilancarka­n. Memang selepas keluar AF 2013 saya agak senyap. Hanya pada tahun 2015 saya kembali habishabis­an. Ketika itu juga, saya menyambung pengajian diploma dalam bidang muzik di sebuah universiti yang tergendala selepas menyertai AF,” katanya yang turut merancang untuk menyambung pengajian dalam bidang sama pada peringkat lebih tinggi.

 ?? [ FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN /BH ] ?? Amira merancang untuk
[ FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN /BH ] Amira merancang untuk
 ??  ?? menyambung pengajian dalam bidang muzik pada peringkat lebih tinggi.
menyambung pengajian dalam bidang muzik pada peringkat lebih tinggi.
 ??  ?? Amira dan adiknya, Irfan Haris.
Amira dan adiknya, Irfan Haris.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia