Berita Harian

‘Kita kurang ruang berkarya’

-

Industri muzik tanah air sebenarnya kekurangan ruang untuk golongan artis membuat persembaha­n sehingga mereka terpaksa bergantung kepada pusat hiburan. Dan, apabila pusat hiburan yang sedia ada dijadikan lokasi alternatif untuk mereka mengadakan persembaha­n, situasi itu menyebabka­n artis dan muzik dipandang serong oleh masyarakat.

Demikian pandangan diberikan penyanyi tersohor, Datuk Sheila Majid, yang mengaku melalui kesukaran mencari platform untuk mengadakan persembaha­n khusus untuk peminatnya.

Walaupun menawarkan lokasi strategik, selain pelbagai kemudahan disediakan, namun pusat hiburan mempunyai risikonya tersendiri yang terpaksa dihadapi.

“Kenapa kita terlalu bergantung kepada pusat hiburan untuk mengadakan showcase? Apabila kita mengadakan persembaha­n di tempat sedemikian, selain perlu membuat mengadakan­nya pada lewat malam, tempat sebegitu turut dikaitkan dengan alkohol dan tidak sesuai untuk sesetengah penonton.

“Kita baru nak keluar menyanyi, ada penonton yang sudah mabuk dan mengganggu persembaha­n. Situasi itu menyebabka­n orang tak hormat muzik kerana menganggap ia sekadar hiburan, walhal muzik itu adalah seni,” tegas Sheila ketika ditemui pada majlis pelantikan­nya sebagai duta pengeluar kanta optik, Hoya, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tiada alkohol, boleh pulang awal

Dalam temu bual itu juga, Sheila turut menggesa kepada pihak berwajib untuk membina lebih banyak tempat untuk anak seni berkarya.

“Apa yang kita nampak, pusat beli-belah yang banyak dibina, sedangkan yang sedia ada pun sudah melebihi keperluan. Kita memang kekurangan tempat untuk penyanyi membuat persembaha­n. Bukankah lebih baik jika kita ada satu ruang untuk penyanyi menghiburk­an peminatnya tanpa perlu dikaitkan dengan alkohol?

“Rasanya ramai yang berminat untuk pergi melihat artis kesayangan mereka beraksi di tempat yang tiada alkohol, tanpa perlu pulang lewat malam. Selagi muzik dikaitkan dengan kelab malam dan alkohol, selagi itulah orang akan terus pandang rendah pada muzik dan artis,” kata penyanyi berusia 52 tahun ini.

Tegur penganjur

Dalam perkembang­an berkaitan, bintang yang mendapat jolokan ratu jazz negara ini turut meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap penganjur yang mengelak daripada menjadikan faktor teknikal, terutama sistem bunyi, sebagai keutamaan dalam penganjura­n sesebuah konsert.

“Apa yang mereka pentingkan adalah dari segi hiasan dan macam mana nak sambut VIP, sedangkan perkara paling utama seperti sistem bunyi diabaikan. Dalam poster, mereka meletakkan gambar artis dan penonton pun membeli tiket semata-mata kerana mahu menonton persem-

 ??  ??
 ??  ?? Sheila Majid pada majlis pelantikan­nya sebagai duta Hoya di ibu kota, baru-baru ini.
Sheila Majid pada majlis pelantikan­nya sebagai duta Hoya di ibu kota, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia